JADUAL CLASS APRIL & MEI 2013...SILA BOOKING SEKARANG....

PERATURAN HANTAR SMS @ EMAIL :- Pilih class yang anda minat , email @ sms untuk booking.. saya akan check booking dan reply sms jika ada kekosongan class berserta dateline payment, dah buat payment .. pls email detail pengesahan payment untuk class apa...simpan salinan resit untuk pengesahan semasa class ( jika tiada resit .. saya tak akan layan untuk pertukaran class.. mesti ada proof.. sms @ email mmg lewat sedikit saya reply kerana terlalu banyak.. ikut siapa hantar dulu.. harap maklum & terima kasih..

1. Jika anda ingin membeli resepi biskut raya versi 2012 ( 25 jenis ).. module lihat dibawah.. sila sms .. saya akan send detail..kerana class ini tidak akan saya ulangi lagi untuk 2013...tq


2. Trip ke GuangZhou China akan diadakan pada 6,7,8 & 9 September 2013.. RM 2900 .( Penyertaan Masih Dibuka )Bayaran akan dicollect secara berperingkat .. APRIL ( RM 500 ) , MEI ( RM 500), JUN ( RM 500), JULY (RM 500 ) & AUGUST ( RM 900 )..Jika nak buat bayaran 2 kali pun ok( 1st payment Rm 1000 & 2nd payment Rm 1900)..Pls register awal.. kerana penyertaan terhad... mmg berbaloi2...kenapa nak bawa kesana???... saya akan terangkan dalam email kepada yang berminat sahaja...peserta akan dibawa ketempat2 borong yang termurah.. boleh borong periuk & peralatan kitchen.. Peluang ini akan saya kongsikan satu ruang bisness secara " online" yang menguntungkan..strategi bisness akan saya share bersama ahli rombongan sahaja...sila email @ sms untuk booking..(Sila lihat detail agenda trip dibahagian label sebelah kanan "click TRIP KEGUANGZHOU CHINA")...sesungguhnya peluang ini tidak akan merugikan buat semua..

Tarikh : 6 April 2013 ( Saturday ) - Class Hand's on Aneka Talam - Part 1 . ( Harap Maaf ...Sudah Penuh ) - Rm 190

Tarikh : 7 April 2013 ( Sunday ) - Class Hand's on Aneka Talam - Part 2 . ( Harap Maaf ... Sudah Penuh ) - Rm 190

Tarikh : 14 April 2013 ( Sunday )-( Harap Maaf ....Sudah Penuh ) - RM 190.. Class Demo 12 Jenis Biskut Raya Versi 2013 - pakej usahawan & 10 free resepi biskut ... Peserta yang sudah mendapat dateline payment .. pls buat payment awal .. kerana waiting list terlalu ramai..Contoh gambar dan module . sila lihat @ click dibahagian label sebelah kanan ..Jika anda tidak mendapat tempat .. sy akan masukkan kedalam list bulan Mei...

Tarikh : 20 April 2013 ( Saturday ) -(Harap Maaf... Sudah Penuh) Class Hand's on Aneka Talam & Malay Kuih- Part 5. - Rm 190

Tarikh : 21 April 2013 ( Sunday )- Rm 250 ( Harap Maaf .. Sudah Penuh )- Class Hand's On Aneka Pelbagai Jenis Sweet Bun & Savoury Bun ( 15 jenis termasuk sandwich bread,potato bun, burger bun & harga class ini tersangat murah )... sesuai untuk komersial...sangat berbaloi..baloi..( Sila click dibahagian label sebelah kanan untuk contoh bun yang akan diajar ).. Penyertaan untuk 15 peserta sahaja...

Tarikh :1 Mei 2013 -Wednesday -PH Labour Day ( Harap Maaf .. sudah penuh ) - Rm 350 - Class Hand's on Famous Cake ( Whole Cake ) Red Velvet Cake , Chocolate Indulgence Cake & Pecan Heaven Cake -) .. Setiap peserta akan membawa balik 3 biji kek- sendiri buat ( DIY class ) ...berbaloi2... setiap peserta akan mendapat " APRON CHEF ASMA Culinary Studio ( exclusive apron )- saya tak jual apron ini.. hanya class tertentu sahaja akan diberi secara PERCUMA ....

Tarikh :
4 Mei 2013 ( Saturday ) -Harap Maaf.. Tiada Class kerana saya ada presentation paper for Master ( Sorry.. sy masih further study)...

Tarikh : 5 MEI 2013 ( Sunday ) DI TUKAR KE 2 JUNE 2013 KERANA 5 Mei adalah hari mengundi -( HARAP MAAF .. SUDAH PENUH )-RM 250..... Class Demo Nasi ARAB , KAMBING PANGGANG & BAKLAVA Dessert.... Special resepi dari Timur Tengah.. Penyertaan terhad ... Sila booking awal.. class ini sangat sesuai untuk pengusahaan katering dan sesiapa sahaja yang berminat.. berbaloi2... nak perap Kambing pun diajar... jika nak buat function.. perap sendiri aja.. mmg berbaloi2... kalau beli kambing seekor yang siap dipanggang pun dah ribu RINGGIT harganya... tak rugi join class ini...tempat dan kedai untuk membeli rempah - rempah dari ARAB akan saya inform dalam class.. jgn risau alamat kedai pun akan saya bagi tau dalam class.. saya tak jual rempah ARAB.. hanya kedai jual rempah ARAB sahaja akan saya bagitau.. pi beli sendiri ya....
PERHATIAN :- Class Nasi Arab 28 April terpaksa saya tunda ke tarikh 5 Mei .. kerana 28 April saya ada exam FINAL MASTER..Ditunda lagi ke 2 June kerana 5 Mei hari pilihanraya... jom... sama2 kita mengundi... harap maklum.. tq

Tarikh : 11 Mei 2013- ( Saturday) ..(3 Kosong ) - Rm 190 Class Semi Hand's On Assorted Choux Pastries ( Sweet and Savoury ) & DURIAN CREPE. ... sesuai untuk hantaran & doorgift...berbaloi - baloi !! (harga offer!!! ) ( Sila lihat module dibawah & gambar " click"di label sebelah kanan ) ...* setiap peserta akan membuat sendiri Assorted choux pastry &" durian crepe".. resepi yang meletop...filling yang tidak terasa muak di tekak & sesuai dimakan sejuk @ suhu bilik...nak join .. sila sms atau call.. paid cash semasa class.. tq

Tarikh : 12 Mei 2013 ( Sunday ) - RM 250 ..( HARAP MAAF... sudah penuh.. ) Class Hand's On 6 Jenis Assorted Brownies Kukus dan Bakar in mini pack or tray ... sangat sesuai untuk bisnes... peserta akan diajar menimbang bahan , membuat, membancuh & menghias brownies in tray secara hand"s on...memang berbaloi- baloi kerana class ini dijalankan secara " DO IT YOURSELF ( DIY)" penyertaan hanya untuk 20 orang sahaja.. ...Penyediaan brownies tersangat senang.. semudah "cekodok pisang"....he..he.. betul !!!.. Join Class jika nak tau detail.. tak ada basic buat kek langsung & tak ada mixer cake pun boleh jadi brownies.... Memang terhangat & berbaloi-baloi.....jangan risau.. pendedahan didalam class.. hanya di " Chef Asma Culinary Studio Sahaja....

Tarikh : -18 Mei 2013 ( Saturday )- (8 Kosong )..Demo Aneka Kek Lapis Sarawak part 2 - ( Rm 190)- Contoh Gambar sila lihat dibahagian label sebelah kanan...

Tarikh :
19 Mei 2013 ( Sunday ) -(Sudah Penuh ) Class Hand's on Aneka Talam & Malay Kuih- Part 4. - Rm 190

Tarikh :- 25 Mei 2013 ( Saturday )-(Rm 190).. (5 Kosong )..Demo Aneka Puding Part 1- Class ini saya adakan lagi atas permintaan ramai - sangat sesuai untuk hantaran & jualan sempena Ramadhan ..

Tarikh : 26 Mei 2013 ( Sunday )-( 10 Kosong ) - RM 190.. Class Demo 12 Jenis Biskut Raya Versi 2013 - pakej usahawan & 10 free resepi biskut ... Peserta yang sudah mendapat dateline payment .. pls buat payment awal .. kerana waiting list terlalu ramai..Contoh gambar dan module . sila lihat @ click dibahagian label sebelah kanan ..

ATTENTION :- Kebanyakan class bulan Mei sudah penuh.. Insyallah saya akan adakan lagi pada bulan June.. jika berminat sila booking dahulu class yang anda minat.. jika lambat booking memang susah nak dapat tempat kerana waiting list ramai.. 1 cancel.. 5 yang nak gantikan tempat itu.... saya tak boleh ambil terlalu ramai.. problem dipihak saya untuk sediakan tempat... tempat very limited.. kadang2 ada juga terlebih...Harap maaf diatas kelewatan dipihak saya untuk reply email yang beratus - ratus sehari masuk... Terima Kasih kerana anda seorang yang sabar.. yang tak tau nak bersabar saya sedia pulangkan duit anda balik dan didlm sms pun saya sudah nyatakan.. setiap pembelian barang akan saya sahkan bila saya reply.... Thank you kerana ramai student2 saya sudah menjadi usahawan yang berjaya & mencapai sasaran target saya untuk melahirkan usahawan yang berjaya....

Tarikh :- Bulan June- Demo French Pastries / Slices Cake- Class ini saya adakan lagi atas permintaan ramai- (Rm 190) - sila booking sekarang..

***Sila lihat info , Module Class & keterangan detail dibahagian bawah ( gambar class .. sila click dibahagian label ) & kepada peserta yang sudah mendapat "dateline payment" , sila buat pembayaran sebelum "dateline", jika tiada pengesahan , saya akan bagi tempat pada waiting list***

Lokasi Class : Taman Putra Perdana , Puchong, Selangor.
( Detail alamat akan disms kepada peserta yang sudah membuat payment sahaja ... )

Masa : 10 .00 Pagi - 6.00 Petang

Keperluan Class : Tidak perlu bawa apa2.. semua disediakan termasuk apron, towel, makan, minum & packaging .. Berbaloi ... baloi...

Sijil Penyertaan : Dikeluarkan atas permintaan dengan kadar bayaran Rm 10.00... peserta yang berminat sila send request detail melalui email..tq

PERATURAN SEMASA CLASS.

1. Sila lihat jadual kekosongan diatas , send nama, no telepone, tarikh class & url email . Jika ada kekosongan class , saya akan reply sms dan akan dinyatakan detail dateline payment.. tq

MODULE CLASS ANEKA TALAM

NOTE :- Tidak perlu mengikut turutan...pilih class yang ada kekosongan kerana resepi setiap Part berbeza...

1 . CLASS ANEKA TALAM PART 1 - HAND'S ON - RM 190

Module :- Hand"s on 12 jenis Aneka Talam & 8 free resepi - Dapat idea semasa class dapat menghasilkan 50 jenis Aneka Talam... berbaloi.. baloi.. apa lagi.. mulakan bisnes !!Contoh2 & gambar Aneka Talam Part 1:- Contoh gambar -gambar Talam Part 1 sila click dibahagian label @ dibawah sebelah kiri.. Jenis - jenis Talam :-1. Talam Keladi 2. Talam Cendol 3. Talam Sekoteng 4. Talam Caribean 5. Talam Roti Paun 6. Talam Peanut Butter 7. Sri Muka Pandan 8. Srimuka Delima 9. Talam Tokyo 10. Talam Suji 11. Talam Jagung 12. Talam Marble Kacang Merah 13. Sri Muka Dagang 14. Talam ABC 15. Talam Suji Durian 16. Talam Labu Berlauk Jepun 17. Talam Pancawarna 18. Talam Pacar Johor 19. Talam Lapis Diplomat 20. Talam Sri Mutiara.

2 . CLASS ANEKA TALAM PART 2 - HAND"S ON- RM 190

Module :-
Hand"s on 12 jenis Aneka Talam & 8 free resepi pelbagai jenis.. .kukus, bakar, berlapis-lapis, bingka, talam manis dan pedas...pelbagai jenis talam yang cantik & menarik dapat dihasilkan dengan teknik yang senang mudah...berbaloi...baloi !!!Contoh gambar ... sila click di label sebelah kanan..Jenis - jenis Talam :- 1.Talam Sri Sarawak 2.Talam Ubi Kayu 3. Talam Sago Banjar 4. Talam Kentang Berinti 5. Serimuka Berlauk 6. Talam Mak Dara 7. Bingka Beras Nyonya 8. Bingka Ubi 9. Bingka Labu 10. Talam Gula Merah 11. Talam Delima 12. Talam Permata 13. Talam Ketupat 14. Talam Lapis Jagung 15. Koleh Kacang 16. Serimuka Lapis Mutiara 17. Lapis Nyonya 18. Kosui Nyonya 19. Kemboja Kacang Hijau 20. Kemboja Bakar Berlauk.

3 . CLASS ANEKA TALAM PART 3 - HAND"S ON - RM 190

Module :- Hand"s on 13 jenis Aneka Talam & 7 free resepi pelbagai jenis.. .kukus, bakar, berlapis-lapis, bingka, talam manis & pedas...dapat idea semasa class...pelbagai jenis talam dapat dihasilkan... apa lagi .. mulakan bisnes!!! Contoh gambar sila click dilabel sebelah kanan... Jenis - jenis Talam :- 1. Serimuka Berlapis @ OMBAK RINDU..2. Serimuka Pulut Hitam 3. Kuih Lapis ( malay style - lapisan dapat ditanggal satu persatu ) 4. Bingka Lapis Berlauk 5. Bingka Pandan ( sesuai untuk bingka kemboja ) 6. Talam Lapis Keladi 7. Talam Jala Mas 8. Lapis Makaroni Berinti 9. Talam Sago Pancawarna 10. Serimuka Durian 11. Talam Lapis Lobak Merah 12. Lapis Pacar Cina 13. Bingka Susu Utara 14. Lapis Pelangi & 8 jenis free pelbagai resepi talam tiada telur & tidak perlu dimasak sehingga naik wap... teknik yang mudah & menjimatkan kos...

4 . CLASS ANEKA TALAM & MALAY KUIH PART 4 - HAND"S ON - RM 190

Module :- Hand"s on 12 jenis Aneka Kuih Manis & Pedas & 3 free resepi & Sample Kuih ... Jenis - jenis Talam :-1. Srimuka Banjar 2. Lapis Sri Mutiara 3. Kuih Lapis Ubikayu 4. Kuih Lompang Warna - Warni 5. Apam Dewa versi polkadot 6. Talam Lapis Kacang Merah 7. Bingka Cheese 8. Bingka Roti Berlauk 9. Kemboja Bakar Berlauk 10. Lapis Coklat Marble 11. Lapis Kacang Hijau 12. Talam Keladi Berlauk... Free Resepi :- 13. Talam Lembayung 14. Talam Tako 15. Talam Tiga Rasa.....Contoh gambar sila click dilabel sebelah kanan...

5 . CLASS ANEKA TALAM & MALAY KUIH PART 5 - HAND"S ON - RM 190

Module :- Hand"s on 12 jenis Aneka Kuih Manis & Pedas ...dan 8 jenis free resepi( Resepi yang sudah di R&D )Jenis - jenis Talam :-1.Talam Terang Bulan 2. Talam Durian Tiga Rasa 3. Serimuka Batik 4. Kuih Lompang Berlauk 5. Lapis Mutiara Hitam 6. Talam Nusantara 7. Talam Lapis Pisang 8. Talam Lapis Cracker 9. Talam Permata Keledek 10. Lapis Ubi Thai 11. Bingka Suji 12. Kosui Temasik ..Free Resepi :- 13. Talam Lapis Limau Purut 14. Talam Sri Pelangi 15. Lepat Ubi Semarang 16. Lapis Srikaya Coklat 17. Kuih Tako Jagung In Cup 18. Talam Asyura 19. Talam Cendol Dwi Warna 20. Puteri Mandi In Cup....Berbaloi- baloi..

***Jom.. sertai CLASS ANEKA TALAM... Insyaallah segala ilmu yang saya curahkan akan mendatangkan rezeki yang berganda2... sudah ramai pelajar2 saya yang menjadi usahawan & membuka Class2 Masakan di Serata Negeri..student saya kat Negara Timur Tengah pun ada yang dah buat class & berbisnes talam... TAHNIAH buat semua..( maaf...buat masa sekarang saya tak buat class kat outstation .. jadual kat studio terlalu padat )...

MODULE CLASS HAND'S ON ( DIY CLASS ) 6 JENIS ASSORTED BROWNIES KUKUS DAN BAKAR - RM 250 Sahaja...

Class Hand's On ( DIY CLASS ) 6 Jenis Assorted Brownies Kukus dan Bakar in mini pack or tray ... sangat sesuai untuk bisnes... peserta akan diajar menimbang, membancuh & menghias brownies in pack... penyertaan untuk 20 orang sahaja...Penyediaan brownies tersangat senang.. semudah "cekodok pisang"....he..he.. betul !!!.. Join Class jika nak tau detail.. tak ada basic buat kek langsung & tak ada mixer cake pun boleh jadi brownies.... Memang terhangat.....jangan risau.. pendedahan didalam class.. hanya di " Chef Asma Culinary Studio Sahaja....Jenis - jenis Brownies :- 1. Cheese layer Brownies 2. Chocolate Frosted Brownies 3. Milk Chocolate Brownies 4.Streussel Brownies 5. German Chocolate Brownies 6. Butterscotch Brownies.

MODULE CLASS ASSORTED SWEET & SAVOURY BUN – HAND’S ON - RM 250

Module : Hand"s On Pelbagai jenis sweet & savoury bun ( 15 jenis )... peserta akan diajar membuat straight doh, sponge doh & boiled doh ... pelbagai bentuk roti akan diajar dan sangat sesuai untuk komersial...Bonus :- setiap peserta akan membuat roti sandwich menggunakan boiled dough, potato bun , burger bun & pelbagai jenis bun.. segala peralatan termasuk makan & minum disediakan..... berbaloi-baloi!!.. jom daftar!!!..Sila buat bayaran awal untuk dapatkan tempat...( penyertaan terhad untuk 15 orang sahaja )... sila click gambar disebelah kanan untuk melihat hasil produk daripada student yang join class ini...Sila buat bayaran awal... jika dah terlepas "dateline" saya akan bagi pada waiting list...

MODULE CLASS WESTERN FOOD - HAND"S ON - Rm 350.

Module :1. Mushroom Soup 2. Sheperd Pie 3. Lasagnea 4. Fish & Chips 5. Chicken Boxing 6. Grilled Chicken Chop 7. Breaded Chicken Chop 8. Sirloin Steak 9. Fish Finger 10. Garlic Bread 11. Russian Salad 12. Coleslaw 14 .Potato with minced beef @ chicken salad 15. Black Pepper Sauce 16. Mushroom Sauce 17. BBQ Sauce 18. Bachemel Sauce 19. Tartar Sauce 20 .Thousand Island Sauce 21.Cocktail Sauce 22. Vinagrate Dressing... Tersangat berbaloi2!!!! ... Saya akan tunjukkan cara - cara presentation " hotel style ".. Setiap peserta akan membuat sendiri dari penyediaan bahan2 sehingga "presentation on plate "... selepas itu... boleh packing & bawa balik !!!! tak perlu bawa apa2 ... cuma bawa apron & towel sahaja.. !!! Bonus :1. Saya akan tunjukkan cara2 membuat brown stock untuk dijadikan brown sauce( original resepi !!!!) ... bukan menggunakan instant powder!!!! 2. Roasted Whole BBQ Chicken...

MODULE CLASS RED VELVET, CHOCOLATE INDULGENCE AND PECAN HEAVEN - HAND'S ON - RM 350 ( FREE APRON )

Module :-Hand"s On membuat 3 jenis famous Cake ( whole cake ) ...1.Red Velvet Cake 2.Chocolate Indulgence Cake 3. Pecan Heaven Cake .. Setiap peserta akan membancuh kek & menghias kek sendiri.. kek akan diberi sebiji seorang setiap jenis...Peserta akan diajar cara2 membuat pelbagai jenis filling.. berbaloi2 dengan harga yang ditawarkan!!! ..menggunakan barang2 yang berkualiti & bermutu tinggi...ketahuilah cara2 & rahsia penyediaan kek yang senang & tidak merumitkan.. Sila booking & buat pembayaran awal jika berminat...setiap peserta akan mendapat sehelai "Apron Exclusive Chef Asma Culinary Studio ".. Sila lihat contoh gambar2 dibahagian label class sebelah kanan.. Berbaloi2.... Cake yang tersangat sedap.. cair dimulut..


MODULE CLASS FROZEN FOOD PART 1 - Rm 190.

Module : 1. Roti Canai 2. Mini Murtabak 3. Popia Breaded 4. Sardine Roll 5. Karipap Pusing 6. Pau Inti Kacang & Kelapa 7. Pulut Panggang Serunding ( 2 jenis serunding ikan & udang ) 8. Donut 9. Pau goreng inti kacang merah 10. Samosa Free Resepi :- 11. Apam Pandan Srikaya 12. Puteri Ayu 13. Apam Comel**** Makan , minum disediakan...!!! Note : Teknik Penyimpanan & Pembungkusan akan diajar....Sila lihat contoh gambar dibahagian label sebelah kanan " click class frozen food"

MODULE CLASS SEMI HAND'S ON CHOUX PASTRY DAN DURIAN CREPE – Rm 190..MURAH.. Berbaloi-baloi..

Module :Class Semi Demo pelbagai jenis Choux Pastries ( 10 jenis )... Standard presentation seperti hotel5*& sangat sesuai untuk bisness !!... Jenis - jenis Choux Pastries : 1. Paris Brest ( Chouquette) 2. Mini Cocumbush 3. Japanesse Cream Puff 4. Chocolate Eclair 5. Fruity Basket Puff 6. Golden Swan 7. Profiterolls 8. Tuna Mayo Puff - savoury 9. Tuitty Fruitty Éclair 10.Choux Gateux Caramel Pie... Bonus : Peserta akan diajar membuat pelbagai jenis filling seperti Diplomat Filling, Cheese Filling , Caramel Scotch Filling ,Praline Mousselines Filling dan pelbagai jenis filling serta decoration untuk hiasan akan diajar ...sangat sesuai untuk gubahan hantaran, tea- break & birthday party..peserta akan menghias sendiri... Makan & minum disediakan... berbaloi-baloi!!.. jom daftar!!!..Sila buat bayaran awal untuk dapatkan tempat...sila lihat gambar2 dibahagian label sebelah kanan...Bonus lagi...peserta akan membuat sendiri durian crepe " resepi meletop"

MODULE CLASS ANEKA BISKUT RAYA VERSI 2012 ( 25 Jenis ) .

Sila sms untuk dapatkan detail harga.. saya tidak akan ulangi class ini lagi.. hanya peserta boleh beli resepi sahaja.. berminat sila sms...
Module :
25 Jenis Aneka Biskut Raya Versi 2012 ..Nama2 Biskut :- 1. Royale Cappucino 2 .Mini Florentine 3. Biskut Suji Cornflakes 4. Cheesy Cookies 5. White Chocolate Nutty 6. Chocolate Snow Delight 7. Almond Biscotti 8. Almond Tuilles 9. Mix Nut Flakes 10. White Forest Cookies.11. Grean Pea Cookies 12. Semperit Traditional 13. Tart Teratai 14. Coconut Crunchy 15. Cashewnut Oat. BONUS :- Free 10 resepi Chef Asma best sellers cookies.
... Resepi yang sangat sesuai untuk kommersial & dijadikan sebagai hamper.. jom!!!.. dapatkan resepi ini secara belian online untuk tambahkan pendapatan dimusim perayaan ... Insyaallah dapat beraya sakan !!!... & yang paling penting dapat menambahkan pendapatan sekeluarga... Berbaloi2!!!!

PENGUKUS TRIO --HOT SALE - RM 175 !!!!

Steamer TRIO sangat sesuai mengukus pelbagai jenis masakan, kuih talam, kek lapis, kek kukus , puding dan pelbagai masakan. Suasana dapur kelihatan kemas dan bersih.. Harga steamer tanpa resepi RM 175... Harga termasuk resepi talam part 1.. 20 jenis RM 230.. tidak termasuk kos penghantaran... Tidak sesuai untuk komersial...Setakat nak buat talam 5 tray sehari.. berbaloi2!!! jika membelinya... Dengan adanya steamer ini... kuih talam tidak mengelembung...yang penting!!! rajin kedapur menyiapkan juadah untuk family... senang di gunakan dan suasana dapur tidak terasa panas...Air tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu... menjimatkan kos ...Nak guna ... baru on.. kejap jer panas.. 1 YEAR WARANTHY

Jika berminat sila order.. stock " always available "..


ANNOUNCEMENT PENTING !!!

1. Kepada yang sudah menerima kiriman barang2 dari Kanggaroo Express.. sila maklum kepada saya supaya memudahkah rekod dibuat...

2. Harap maklum... setiap barang yang diorder secara "online" hendaklah diemailkan slip pengesahan bayaran.. jika tiada pengesahan bayaran.. proses penghantaran tidak akan dibuat & proses penghantaran akan mengambil masa seminggu selepas payment dibuat.. jika nak cepat .. sila datang collect sendiri...jika bank in minggu ini... minggu depan baru saya poskan.... harap maklum !!!

3. PERHATIAN !! PERHATIAN !!


Jika hendak datang mengambil barang @ menghantar barang kestudio saya.. tolong call dahulu !! studio saya hanya dibuka semasa class sahaja... harap call sebelum datang & my assistant akan pergi kesana... jangan dah sampai baru call & tolong jangan datang mengejut....kadang2 kami busy.... please call sebelum datang !!! Harap Maklum... Terima Kasih..

SALAM PENGHARGAAN

Terima kasih kepada semua anak2 murid saya & blogger yang selalu follow saya..Kepada Kak Jun ( Cup Cake Kasih & Alia ) yang tolong up gradekan blog saya ini..jasamu akan dikenang sampai bila2 & selalu memberi kata2 semangat buat saya..Kepada yang mengaibkan diri saya pun .. thankz u..saya tidak akan membalas balik kenyataan merapu2 anda!!!.. biarkan dengan apa yang ingin dikatakan..orang yang kenal saya akan tau siapa diri saya... setiap rezeki kita kongsi bersama...saya tidak perlu kontroversi murahan & menjaja cerita merata2...Bagi saya baik saya masukkan gambar2 yang berfaedah & dapat membantu pelajar2 saya .. saya seorang mentor kepada mereka.. mereka semua harus saya ambil berat.. barulah rezeki kita berkat & perjalanan hidup kita diberkati.. semoga segala ilmu yang saya curahkan akan dapat memberi manfaat buat semua..Ahkir sekali jika ada pertanyaan sila call saya sebelah malam.. time free 8 mlm hingga 11 mlm...( jika saya busy assistant & my hubby akan tolong jawapkan )...Tolong jangan send sms panjang2.. saya tak sempat nak reply.. kalau call saya... lagi senang kami menjawab setiap persoalan yang dikemukakan...& minta tolong jangan bercerita buruk tentang diri saya jika belum bersua muka dengan saya ( ditujukan kepada bukan anak murid saya & org yang hanya mendengar suara saya melalui phone sahaja... suara saya dlm phone mmg nada kasar... jumpa saya dulu sebelum membuat andaian & jangan paksa2 saya untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat kerana saya tidak punya banyak masa .. jika saya ada masa .. boleh saya tolong.. HARAP FAHAM !!! ) Jangan segan2...untuk call saya &
semoga ilmu yang saya curahkan mendapat manfaat & maaf jika ada kekurangan.. saya bukan insan yang cukup segala2nya.. kekurangan tetap ada...Sebagai penghargaan untuk semua pelajar saya... pengunjung blog ke 500,000 akan saya hadiahkan TRIO ELECTRIC OVEN ( hanya pelajar yang pernah menghadiri class saya sahaja!!)..Cara- cara pengesahan pengunjung ke 500,000...Sila print full screen & email kepada saya untuk pengesahan anda adalah pengunjung ke 500,000...web counter ada di sebelah kanan atas sekali.. jika screen menunjukkan 500,000.. anda adalah pemenang & sila tuntut hadiah... hadiah hanya boleh dituntut jika saya mendapat pengesahan & tolong ingat bila class anda hadiri serta tarikh class..saya akan check didalam rekod booking class ..Jangan lupa tarikhnya.. & kos penghantaran ditanggung sendiri..( Untuk cabutan ini.. saya akan mengambil email yang pertama sahaja... walaupun 10 orang yang menghantar email ) Ingat !!! ... saya akan ambil email yang pertama masuk sahaja & hanya untuk pelajar saya sahaja... SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!!

Jika ingin membuat tempahan products & pertanyaan sila hubungi saya :Setiap harga products @ tempahan mengikut budget pelanggan & tidak termasuk kos penghantaran :-

My email : chefasma@yahoo.com

My hot line
: 012-3083750 ... sila call..sebelah malam
(8mlm-11mlm )

Lokasi class
: Taman Putra Perdana , Puchong , Selangor.

Facebook
:-ChefAsma CulinaryStudio ( sudah ada facebook tetapi saya sendiri belum berkesempatan membaca apa yang tertulis didalamnya .. kerana my daughter yang tolong buatkan.. sila berhubung dengan saya melalui email @ call terus.. blog ini 100% saya yang uruskan )

Sunday, January 30, 2011

CLASS COKLAT BOX SQUARE 30 JANUARY 2011

Assalam... N3 hari ini adalah CLASS COKLAT BOX SQUARE... peserta saya diatas adalah Asmar dari Petaling Jaya...2 box diatas adalah hasil kerja dari beliau selama sehari class coklat box square.. setiap peserta akan membawa balik 2 coklat box & coklat transfer sheet ..Coklat box ini dijual dengan harga RM 100 - Rm 150... bergantung decoration... kalau 2 box dah RM 300... berbaloi2 join class ini... peserta akan menyiapkan sendiri coklat box.. Dah siap boleh dihadiahkan pada yang tersayang & dah boleh mulakan bisnes coklat box... banyak tips yang dapat dipelajari...datang belajar sendiri baru dapat tips... jom!!.. jom!! ... join ye kalau berminat !!!
Sesiapa yang br minat nak join bulan Mac ( 12/3/11- Saturday ) .. sila daftar & buat payment sebelum dateline untuk mendapat tempat...

Apa kat atas tu!!! kalau nak tau itu adalah mini coklat box square yang saya letakkan dalam kotak cup cake... Sementara berkemas PR & anak saya memang rajin mencuba macam2 selepas kelas... maka terhasil lah mini coklat box...kaedah yang sama .. peserta yang datang class pada hari ini akan dapat satu idea lagi ... cuba sendiri kat rumah ya...sebagai bonus untuk penuhkan dalam cavity.. anak dara saya siapkan coklat cluster untuk semua peserta isikan didalam box masing2...Amirah ini memang pro buat coklat cluster & praline... resepi ... sila click di colum label resepi sebelah kanan...

Mini coklat box yang di masukkan kedalam box cup cake..

Mini coklat box...balance dari coklat2 peserta yang ditinggalkan selepas class... dicantum semula... dapat lah mini coklat box...

Hasil kerja daripada Kak Ain...

Cantik & tersangat sesuai untuk hantaran...

Puan Latnah dari Melaka... sedang menyiapkan coklat boxnya...

Kak Ain... walaupun sibuk dengan tugasan kerja outstation... masih sempat datang belajar ... Tahniah semoga berjaya dalam kerjaya...

Pandangan sisi tepi...

Coklat box .. kreatif sekali hasil kerjanya...
Rin dari Klang sedang menyiapkan coklat boxnya untuk dihadiahkan kepada anak kesayangan...

Hasil kerja yang pertama sebelum diberi tugasan yang kedua... walaupun pertama kali... peserta ini dapat diberi pujian kerana berjaya menyiapkan tugasan pertama sebelum lunch... tahniah !!!

Hasil kerja tugasan pertama dari para peserta...

Cantik jika dipandang ... tak jemu memandang...

Hasil kerja dari Puan Lathah..

Lin dari Johor... orang2 JB... boleh lah belajar dengan Lin... kalau nak menuntut ilmu dengan saya kena turun KL... saya tak buat class outstation kerana class di KL always "fully booked"...

Kak Ain... mungkin sedang mencari idea untuk siapkan tugasan kedua...

Puan Ratmini sedang memotong coklat box... Rin tersenyum.. mencari idea baru...

Bersemangat sekali Asmar menyiapkan tugasannya... Asmar pernah keluar dalam "Rancangan Nasi Lemak Kopi o"mempromosi coklatnya.. suaminya adalah pengusaha katering yang berjaya... Tahniah buat Asmar...

Berdiri adalah Basyirah... katanya belum berpengalaman membuat coklat.. tetapi bila saya melihat hasil kerjanya.. beliau sudah mempunyai asas dalam pembuatan coklat... kreatif !! Disebelahnya adalah Chetam... Chetam memang aktif berblogger.. dalam facebooknya pun dah buat promosi untuk class ini... sesiapa yang tinggal di Semenyih jika nak belajar dengan Chetam pun boleh... kalau nak belajar dengan sifunya.. kena datang ke Puchong ...Saya sekarang tidak pergi outstation...

Sebelum class bermula .. saya demokan dahulu kepada peserta... supaya peserta memahami apa yang perlu dibuat...

Bunga gumpaste ini adalah untuk hiasan coklat box...PR saya si Tipah & Amirah(anak saya) yang tolong siapkan..Berbaloi2 saya mendapat assistant & anak dara yang dapat membantu saya.. cuma hari ini mereka penat sedikit disebabkan PA saya si Fuad ada class Bachelornya di Uitm...

Sebahagian dari peserta class hari ini... separuh lagi sudah balik....dalam gambar ini... Khairiah , Shilla, Lin & Puan Latnah... Ahkir sekali diharap semoga peserta2 saya mendapat ilmu yang dipelajari untuk menambahkan idea & menambahkan pendapatan buat keluarga.. Insyaallah class coklat box love & class coklat tepak sirih akan menyusul kemudian...Terima kasih & maaf jika ada kekurangan ...

CLASS PUFF PASTRY 8 JANUARY 2011

Assalam & Salam 1 Malaysia buat semua pelajar saya & blogger yang setia mengikuti perkembangan saya..Ini adalah aktiviti semasa class puff pastry... gambar2 ini nak dimasukkan awal2 tapi tak berkesempatan.. walaupun terlambat saya masukkan juga untuk view semula apa yang telah di pelajari oleh peserta2 kursus saya...kepada pelajar2 Diploma di Unirazak.. sila lihat gambar2 ini sebagai panduan sebelum masuk ke class Puff pastry after Chinese New Year...Sesiapa yang berminat nak join pada bulan Mac (5/3/11- Saturday ) ..sila booking & buat payment sebelum dateline untuk dapatkan tempat...

Curry puff...lapisan yang cantik.. teknik yang senang & mudah.. tidak memeningkan kepala..

Choux puff pastry..very nice for "hi- tea"....

Custard Danish Puff...Berkilat2... susunan buah - buahan yang cantik & kemas..

Bonus Resepi atas permintaan Sharon.. seorang peserta saya yang tinggal di Oversea( Italy )..Chicken Quiche..
Chese straw..senang sahaja memintalnya... memang sedap... macam cookies ...

Assorted Puff Pastry yang siap di bakar...

Mini Vol -Au- Vent... Sedap !!! 5 star presentation ... for hi tea @ tea break...

Wow !!! banyaknya belajar hari ini... berbaloi.. baloi... jom join class puff pastry... bulan March.. jadual Febuary sudah full...

Tersium - simpul melihat product yang sudah siap... macam tak percaya dapat buat semua ini dalam masa sehari menggunakan kaedah lipatan yang tersangat la senangnya...

Hai!!!... Nomie pun ada... terima kasih kerana join class saya... semoga Nomie menjadi usahawan yang berjaya... Tahniah !!!

Peserta sedang menyalin tips yang diberi oleh saya... nak banyak tips .. join class di Academy saya... Insyaallah segala masaalah dalam bidang kulinari, saya dapat selesaikan.. saya hanya doktor dalam bidang culinary sahaja... kalau sakit kepala pi jumpa doktor ... tapi jangan jumpa ALONG!!! bahaya...

Tersium simpul Zarina... kat sebelah tu adalah kakaknya ... Zanariah...

Product yang sudah siap dibakar...

Product sebelum dibakar....

Product sebelum dibakar...


Chicken Quiche sebelum dibakar..





Product sebelum dibakar...

Haida & Nomie tekun menyiapkan doh masing2...

Zarina & kakaknya sedang mencanai doh...



Puan Azizah dari Sungai Siput Perak sedang menyiapkan dohnya...

Peserta sedang membuat filling... pelbagai jenis filling dapat dihasilkan...peserta yang berbaju merah itu adalah Sharon yang menetap di Italy... Tidak menghampakan permintaan beliau saya demokan cara membuat quiche untuk peserta group ini....



Semua peserta sedang membancuh doh...


Kenangan diahkir class.. terima kasih kepada semua peserta2 saya... Zarina, Zanariah, Haida, Nomie, Suzi, Azizah, Sharon ,Kak Ros & Puan Habibah ( Pensyarah Law di Uitm )...Ahkir sekali .. maaf jika terdapat kekurangan... Insyaallah kita semua akan dapat belajar dalam suasana yang amat selesa pada bulan March di Academy saya... Apartment ini akan dijadikan tempat tinggal untuk peserta kursus saya yang memerlukan tempat bermalam.......

Monday, January 10, 2011

CLASS COKLAT & PRALINE 2 JANUARY 2011

Assalam dan salam buat semua pengunjung setia blog saya... terima kasih kerana menjadi pengikut setia saya... Isyaallah saya juga akan adakan cabutan bertuah untuk followers2 saya... jadilah followers saya untuk melayakkan anda mendapat cabutan bertuah sebagai hadiah & penghargaan dari saya buat semua....Gambar2 ini adalah hasil dari class 2 January .. gambar peserta terlupa nak "snap" ... PA saya bercuti...hari ini hanya PR & Amirah (anak saya ) sahaja yang membantu...gambar ini sahaja yang sempat saya snap....sorry ya kepada peserta saya pada hari ini... hasil kreativiti yang sangat memuaskan walaupun pertama kali menghadiri class ini... Jika ada sesiapa berminat ... jom join class ini lagi pada 27 febuary 2011( Sunday ) ... Sila booking & buat pembayaran awal....

Coklat lolli rose ini adalah hasil kerja dari anak saya Amirah.... semasa dia membantu saya .. sempat dia siapkan coklat ini untuk ditunjukkan kepada peserta... senang sahaja membuatnya... apabila sesudah masukkan coklat kedalam acuan... letakkan batang lolli ditengah .... biarkan ia mengeras didalam peti sejuk...bila dikeluarkan ... hiaskan seperti sejambak bunga... senangkan.... Dalam pembuatan coklat ini anak saya & PR saya memang pro.. setakat 3000 biji order ... mereka berdua boleh siapkan dalam masa 1/2 hari sahaja...Kalau sidara & PR boleh buat... kita tentu bolehkan!!!....

Coklat square ini hanya sebagai bonus & demo sahaja... jika nak buat sendiri ... sila join class 30 January 2011 ( Sunday )...Pelbagai teknik akan saya ajar semasa class 30 January nanti...

Betapa cantik jika dibuat hantaran... jika kreatif... memang cantik lagi hasilnya...

Coklat box ini adalah simple sahaja & tidak menggunakan acuan...nak belajar.. sila join class saya...

Pandangan dari sudut tepi..

Pandangan dari sudut atas...

Teknik mengunakan coklat transfer sheet & coklat bar yang dibalut dengan kertas emas...

Sangat cantik & standard 5 star hotel...

Warna yang lembut & sangat menyelerakan.. Coklat tidak boleh diwarnakan dengan terang... warna hanya boleh disesuaikan dengan mould & filling yang digunakan...barulah nampak coklat ini ekslusif.. kerana coklat dikategorikan sebagai hadiah yang ekslusif & kasih sayang... warnanya haruslah lembut2 sahaja... jangan warnakan macam Kek Lapis Sarawak....ini hanya pendapat saya.. tetapi terpulanglah kepada masing2 ya....Tetapi jika saya menjadi hakim dalam pertandingan ... sudah tentu markah akan ditolak... seperti bunga rose diatas... mmg cantik .. tetapi menggunakan warna berlebihan...kena tolak markah ya Amirah jika mama menjadi hakim... anak tetap anak... markah tetap akan ditolak.. ha...ha..ha..jangan marah membaca komen mama nie....
Coklat lolli oreo & coklat lolli bunga.. sesuai dijadikan cenderamata...kalau nak tempah harga dari Rm 2.50 ke Rm 2.80... tetapi boleh dirunding lagi...

Pelbagai bentuk & teknik yang dihasilkan oleh peserta dari class saya... buka saya yang buat .. tetapi peserta sehari class hand"s on yang dikendalikan oleh saya...
Pelbagai jenis coklat... saya hanya menggunakan coklat compound " SICAO" sahaja semasa class..
Hasil dari coklat "couvourture"kena guna thermometer ... barulah dapat hasil yang cantik...

Ini pun dari coklat " couvourture " .. Peserta akan diajar cara membuat tempering method & "seeding method"
Filling dari air diajar semasa class.. memang menjimatkan cost.. tak perlu beli... buat sendiri lagi sedap... macam2 filling ada... kalau nak bisnes jual filling pun boleh... nak belajar rahsia pembuatan coklat yang cantik & filing jimat " cost" .. sila join class saya... Terima Kasih & jumpa lagi...