Monday, July 5, 2010

ON AIR DI RADIO 24 - JULY-RESEPI BISKUT KEJU RUMPAI LAUT

Seperti biasa .... memang saya selalu menjadi tamu live di Radio 24 ( 93.9 fm ) di Lembah Klang sahaja... Untuk dinegeri lain , kena dengar dalam website RADIO 24... setiap hari Selasa jam 11.45 pagi berselang seli dengan Chef Celebrity yang lain..Pendengar pun boleh bertanya beberapa soalan juga secara live...Hari ini saya berkongsi resepi BISKUT KEJU NORI @ RUMPAI LAUT... biskut nie memang sedap... kalau buat jualan raya .. sure meletup- letup ler... Terima kasih kepada Nazira Noran & Krew2 RADIO 24 kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bersama pendengar2 setia RADIO 24...

BISKUT KEJU NORI

Bahan-bahan:

(A)

120 gm mentega

20 gm lemak sayur @ shortening @ crisco

60 gm gula kastor

1/8 sudu kecil garam

(B)

2 biji telur kuning

1/8 sudu kecil esen vanila

(C)

30 gm keju cheddar parut

20 gm tepung jagung

20 gm tepung ubi

40 gm tepung kastard

160 gm tepung gandum

40 gm gajus (dibakar & dikisar)

¼ sudu kecil serbuk penaik

¼ sudu kecil soda bikarbonat

1 keping nori @ rumpai laut/seaweed (di gunting halus)

Hiasan: telur kuning, gajus & keju cheddar parut

Cara menyediakan:

1. Putar bahan (A) sehingga sebati & masukkan bahan ( B ).

2. Masukkan semua bahan (C) dan adun sehingga sebati.

3. Rehatkan adunan selama 15 minit. Canai, terap & letak hiasan.

4. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.




2 comments:

  1. yeahhh iena dgr resepi nie kt radio..
    jmp gak blog chef nie
    ;)

    ReplyDelete
  2. Saya dah try resepi ni tapi tak letak nori la. Hasil biskut ni mcm lembab di permukaan la. kalau pegang mesti melekat di jari. Macam biskut makmur tanpa disalut gula. Adakah ini normal?

    ReplyDelete