Tuesday, May 15, 2012

CLASS FROZEN FOOD

Assalam & Salam Hormat buat semua...ini adalah gambar - gambar dari CLASS FROZEN FOOD yang pertama kali saya adakan ( dah terlupa tarikhnya ).. Sambutan amat menggalakkan..Jika nak join class ini .. sila call @ sms... masih ada kekosongan untuk tarikh 20 Mei 2012..( Sunday ).. Class ini dijalankan secara semi hand's on...
Peserta diajar cara - cara untuk membentuk doh...
Class dijalankan secara " semi hand's on "..
 Demo untuk membentuk doh akan diajar..
Penerangan detail akan diberikan & tips2 semasa menyediakan frozen doh...
Sessi timbangan & membentuk doh..
Roti Goreng.. disebabkan untuk dibagi kepada setiap peserta.. saya menggoreng sehingga masak.. jika nak buat frozen.. sekadar goreng sekejap sahaja..
Inti martabak yang sudah siap... tips- tips penyediaan inti akan diajar semasa class.. sungguh berbaloi ..
Inti Samosa... cara nak bagi tahan lama akan diajar..
Peserta akan belajar mencanai & membentuk doh..
Demo menebar roti canai.. doh ini memang lembut sampai ke malam..
Roti canai dimasak separuh masak untuk frozen..
Hi Amirah " jangan buat ketupat !!! buat kerja betul- betul... nanti tak dapat gaji !!!my daughter ini selalu menolong saya & juga sebagai penasihat kepada saya...walaupun berumur 14 tahun .. idea yang diberikan sangat bernas..
Jangan ketawa sangat.. hanguskan roti canai tue... Ika adalah student diploma  saya di UMTECH ...rajin budaknya.. nak buat menantu boleh booking sekarang...
Puan Wan Noraini.. tebar elok-elok jangan sampai terkoyak.. Syed hanya memerhati... Syed adalah seorang student saya yang special.. nasib baik setiap class ibunya selalu menemani.. jika tak saya terpaksa gunakan bahasa isyarat..TAHNIAH !! saya ucap kan kepada Syed kerana sudah membuka class masakan & ibunya sebagai perantaraan kepada pelajarnya... kalau Syed BOLEH BUAT .. KENAPA KITA TIDAK BOLEH???.. tanya pada diri sendiri ya...
Tebar elok - elok.. jangan sampai terkoyak...
Teknik mengulung samosa dengan cara yang betul...
Class yang ternyata mendapat sambutan hangat.. peserta adalah terhad.. kerana class ini adalah semi hand's on..
Pau kelapa yang siap dikukus.. untuk frozen .. pau hendaklah dikukus sehingga masak.. nak makan .. panaskan sekejap..
Pau kacang & pau kelapa yang sudah siap dikukus..
Peserta sedang memerhati demo sedang dijalankan...
Roti canai yang sudah siap dimasak..jika frozen.. sekadar goreng setengah masak sahaja.. nak bawa balik .. saya goreng sampai masak..( guna minyak sedikit sahaja!! )
Popia yang siap digulung.. belum "dibreaded" lagi...
Demo cara - cara mengulung popia..
Sardine roll yang siap dimasak separuh masak untuk frozen..
Samosa untuk frozen tak perlu digoreng.. bila nak makan .. terus goreng.. makan panas- panas.. sedap !!
Mini martabak .. enak dimakan bersama kari dhall..nak makan dengan sos cili pun boleh ...
Pandangan didalam cermin...
Peserta sedang membuat pulut panggang...
Hati - hati.. kuali ini panas... nanti turun saham pulak anak - anak dara nie...
Balut cantik- cantik... sessi membalut pulut panggang...
Pandangan didalam cermin..
Martabak digoreng memnggunakan minyak yang sedikit..
Demo cara - cara membuat popia breaded...
Popia yang sudah siap dibreaded...
Pandangan dari luar studio...
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir.. maaf jika ada kekurangan.. tempat santai untuk peserta berehat pun saya sediakan... studio ini sangat selesa..jika dahaga .. saya sediakan minuman & snek.. ternyata amat berbaloi- baloi dengan harga yang ditawarkan... jom join class ini sekarang... gud bye & jumpa lagi!!

2 comments: