Sunday, December 23, 2012

TRIP KE GUANGZHOU CHINA BERSAMA CHEF ASMA

Assalam dan Salam Hormat buat semua.. jom kita pi shooping borong ke  GUANGZHOU CHINA BERSAMA CHEF ASMA..kenapa nak bawa kesana???? tentunya saya nak share idea dan bisnes secara borong... jika join package org yang tak terlibat dalam bidang masakan.. mereka nak cerita apa.??.. join dengan trip saya .. banyak la knowledge yang anda dapat..mereka pun tak bawa ketempat yang akan saya bawa nanti.. Jangan risau... saya bekerjasama dengan "ANZAC TRAINING" kerana mereka sudah lebih dari 10 tahun mengendalikan kursus borong.. jika saya nak pi sendiri.. saya pi sorang aja.. sebab nak bawa 20 peserta so... kena la ada kerjasama baru perjalanan lancar dan tak mudah tertipu.. mereka arif tentang selok- belok disana.. saya pula berkemahiran dalam harga borong barang2 kitchen.. jadi tak le tertipu kan???? Sesiapa yang berminat .. Sila daftar &bayar deposit sekarang .. ( Penyertaan Masih Dibuka ).Trip akan kesana pada 15 March 2013 ( Jumaat ) - 18 March 2013(Isnin).. harga package RM 2900  ....deposit RM 1000 seorang & copy passport , ic ,sekeping gambar pasport latarbelakang biru hendaklah dijelaskan pada bulan Januari 2013.. balance RM 1900 .. dijelaskan pada bulan Febuary 2013.. Pembatalan disaat - saat ahkir .. tiada pemulangan kerana .. faham2 sendiri ya.. urusan ticket , bilik hotel & visa sudah dibuat...Jangan risau .. sebelum berlepas .. saya akan buat briefing dengan semua peserta..

Pakej Lengkap Rombongan: (4 hari 3 malam).. memborong sambil melancong:-
Bonus-bonus Istimewa Untuk Peserta Rombongan:
  • Pengurusan Visa untuk ke China
  • Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Guang Zhou
  • Pakej penginapan di hotel 3 bintang yang sangat menyelesakan untuk peserta
  • Pengangkutan domestik untuk memudahkan peserta melakukan pemborongan
  • Makanan di restoren-restoren yang Halal di China









Harga Rombongan: RM2900 sahaja (Deposit RM1000 diperlukan)
PS: Peserta dinasihatkan mendaftar awal untuk memudahkan urusan persiapan ke China


Jadual Lawatan :- Lawatan ini termasuk ke tempat borong barang2 dan utensil kitchen.. tak rugi.. kerana saya sendiri yang akan bawakan anda kesana.. jika beli by grouping memang murah sangat2..
Hari Pertama
Bertolak ke Guangzhou. Melawat Plaza aksesori, hiasan dalaman rumah dan hadiah.
Hari Kedua
Melawat plaza beg tangan dan plaza pakaian moden, jam tangan dan kasut.
Hari Ketiga
Melawat plaza fabrik, langsir , kain sutera & KELENGKAPAN DAPUR ( F &B utensil & equipment ) . Hari bebas (Bas bertolak ke plaza pakaian kanak-kanak dan lampu hiasan)
Hari Keempat
Hari bebas ..peserta akan dihantar ketempat pilihan borong yang dipilih oleh peserta, pengurusan penghantaran barang. Bertolak pulang.
Bonus-bonus Istimewa Untuk Peserta Rombongan:
  • Lawatan ke Masjid Huaisheng
  • Lawatan Makam Saad Abi Waqas (bapa saudara Nabi Muhammad)
  • Lawatan Beijing Lu (night shopping street)
  • Lawatan Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)

Suasana Bandar Guangzhou...
Suasana Malam ..malam ... malam pun boleh shooping...
Ronda- ronda .. shooping sakan..
Syurga shooping harga borong..
Taklimat akan diberikan sebelum peserta membeli barang secara borong.. jangan risau.. sebelum kesana saya akan emailkan tip2s sebelum kesana..
Pilih aja.. kain sutera China yang murah.. sesuai sangat.. boleh beli dan bisnes untuk sambutan raya..
Pilih jangan tak pilih... banyak.... macam - macam ada...
Fara Fauzana pun pernah join group ini untuk buat liputan bersama NONA... Shooping sakan..
Nak shooping beg pun banyak.. pilih aja...
Jangan risau.. makanan yang dihidangkan adalah HALAL .. untuk group ini mereka tidak dibawa ketempat kitchen untensil.. peserta yang akan bersama CHEF ASMA akan dibawa memborong ketempat F& B equipment... bawa duit RM 5k pun dah cukup.. bawa RM 1k pun ok.. dapat shooping sikit aja.. he. he..he..
OK. sesiapa yang berminat.. pls buat bayaran deposit RM 1000 & send copy passport , copy ic & sekeping gambar pasport latarbelakang biru sekarang..jangan menyesal.. rugi tak follow... banyak tips bisnes akan saya share kerana saya akan pastikan anda berjaya &  menjadi seorang usahawan yang tabah dalam apa sekali cabaran.. nak berjaya kena belajar dari mentor yang berjaya... Sekian Terima Kasih &Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment