Wednesday, May 22, 2013

CLASS BISKUT RAYA VERSI 2013

Assalam dan Salam Hormat buat semua.. Sorry terlambat upload gambar -gambar biskut versi 2013.. Ini adalah gambar dari class pada 14 April 2013... Class ini akan saya adakan lagi pada 26 Mei 2013 ( Sunday ).. class ini adalah class biskut terahkir untuk tahun ini.. jika berminat .. sila sms untuk booking... jangan email kerana terlalu banyak email yang masuk.. beratus-ratus email masih belum sempat saya reply lagi.. harap maaf..untuk join class biskut pada tarikh 26 Mei 2013 ( Sunday) .. sila sms untuk urgent booking.. paid CASH semasa class pun tak mengapa tetapi kena booking dulu .. jangan datang mengejut .. senang saya nak buat "preparation"..
Red Velvet Chips Cookies...sangat sedap dan ranggup...
Tart Mami Tanjung... nak tahu macam mana nak buat .. sila join class...
Brownies Cookies.. resepi yang ranggup..
Cheezy Cookies...  belum dibakar...
Chocolate Mambo Cookies.. belum celup coklat lagi...
Cheezy Cookies.. resepi yang cair di mulut..
Almond Puff.. penyediaan kulit yang cantik dan senang sekali..
Almond Puff.. sebelum dibakar...
Almond Puff.. sudah siap dibakar.. rangup dan sedap sekali...
 Almond Puff .. dimasuk kedalam plastic packaging untuk diberi kepada peserta yang hadir...
 Green Tea Biscotti... kelainan rasa dari biscotti versi 2012 ....
Ha..... ini la dia pisau yang menjadi rahsia selama ini.. pisau biasa aja nak potong biscotti...yang paling penting.. skill yang saya demo didalam class akan menjadi anda mahir untuk memotong biscotti...
Florentine Tart...sedap dan menjadi kegemaran anak- anak kecil...
Biskut yang siap di packaging untuk para peserta...
Biskut di packaging dalam plastic untuk dijadikan sebagai hamper sebelum dimasukkan didalam tupperware..
Red Velvet Chips Cookies...
Tart Mami Tanjung...sedap dan cantik..
Strawbery Finger Cookies...
Cheezy Cookies...
Crispy Snap.. sebelum dibakar...
Crispy Snap... resepi ala- ala florentine snap.. sedap... semua golongan mengemarinya.. resepi original.. bukan instant... jika anda tinggal di kampung.. jangan risau.. bahan- bahan senang didapati...
Biskut yang sudah siap didemo... banyak yang anda dapat pelajari.. yang paling penting.. tips yang saya "share" dan sedikit motivasi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya akan saya berikan.. nak jadi seorang usahawan tak perlu modal besar... mulakan dengan kecil - kecilan...rahsianya.. saya akan share didalam class...
Red Velvet Chips Cookies...
Strawbery Finger Cookies .. dah siap dihias dengan coklat..
Green Tea Biscotti.. dah siap dibakar.. ranggup sekali dan menjadi kegemaran VVIP..
Glamour biskut hari ini... ramainya wartawan tak bertauliah hari ini.. tak pa .. ambil la dan upload dalam facebook.. dah boleh buat sample terus untuk raya nanti...
 Seronok bila dah lihat hasil depan mata... Terima Kasih buat semua yang sudi hadir.. maaf atas kekurangan.. kita jumpa dilain class  after raya dengan class- class terbaru.. idea dah ada.. tunggu jadual terbaru keluar.. saya doakan anda menjadi usahawan yang berjaya dan dapat menambahkan pendapatan buat keluarga anda...kepada ibu-ibu tunggal.. teruskan usaha anda.. jangan hiraukan apa orang nak kata.. yang penting anda tak susahkan orang... berusaha untuk berjaya... Insyallah after raya saya akan buatkan satu sessi "carrer talk'" ( amal jariah ) untuk ibu - ibu tunggal yang ingin menjadi usahawan..sesiapa ibu - ibu tunggal ( kematian suami @ ditinggalkan suami sahaja ) yang berminat .. sila send email @ sms untuk booking .. macam nie nak hantar... tulis sms " carrer talk ibu tunggal " dan jika send email .. pls attach no phone sekali... Terima Kasih dan jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment