Wednesday, July 31, 2013

TAHNIAH dari MAMA buat anak teruna ku...

Tahniah dari MAMA buat Amierul ... sudah besar anak teruna saya ini... mereka semua datang ke CHEF ASMA STUDIO adalah untuk sesi interview bersama saya tentang " CAREER TALK'" untuk projek usahawan ... semoga anda semua akan berjaya  ... harumkan nama IKM KUALA LUMPUR... semoga cita- cita anak teruna ku ini akan berjaya menjadi seorang "welder underwater" dan sampai ketahap seorang "Engineer" .. moga2 ada pewaris dipihak my hubby.. my daughter dah ikut jejak saya didalam bidang culinary...
Tinggi lampai macam my hubby...Sorry.. saya masukkan gambar ini sekadar kenangan buat diri saya dan juga keluarga saya bila berada dikejauhan...kami berdua ini telah ditakdirkan panjang umur.. jika tidak.. memang dah tak ada didunia ini... semasa kandungan saya tujuh bulan .. rumah yang saya sewa di Johor telah dipanah penir.. ketika itu saya baru bagi salam selepas Solat Zohor... dalam hujan renyai2.. petir menyambar dan api panahan petir telah menyambar masuk kebilik saya setentang dengan toilet.. nasib baik saya tak sempat ketoilet.. kalau tidak .. memang dah sampai ajal saya.. dalam keseorangan saya boleh keluar minta bantuan dari jiran- jiran.. jiran2 ingatkan saya dah  terkena panahan itu.. kerana mereka nampak dari jauh memang api panahan petir itu kuat sekali..( hanya saya sahaja yang nampak macamana cahaya api itu ) Alhamdullilah.. saya selamat ... saya memang selalu ditinggal oleh "my hubby" kerana kerja berjauhan.. Inilah dugaan buat diri saya ketiga itu umur saya baru 22 tahun terpaksa hadapi seorang diri...kerana selalu ditinggalkan saya menjadi seorang yang tabah.. jika saya ada rasa keresahan.. saya akan baca " ayat2 al - quran dan surah2 yang diajar oleh mertua saya" hati saya jadi tenang...Saya harap semua usahawan yang ingin berjaya akan menjadi seorang yang tabah.. pelbagai dugaan akan dihadapi.. tempuhi dengan tenang... Insyallah kita akan berjaya.. Kejayaan kita seharusnya berbekalkan semangat yang tabah.. Alhamdullilah ... anak teruna ku menjadi insan yang baik kelakuannya.. itu sahaja doa dari seorang ibu buat anak- anak... Jangan merasa rendah diri jika tak sehebat orang lain sebaliknya kehebatan kita pada Jurusan Kemahiran harus dibanggakan..Tahniah kerana telah berjaya didalam ujian 3G dan 6G for welding dan juga menjadi seorang pelajar terbaik semasa diGiat Mara ( shorcourse 6 bulan semasa menunggu keputusan exam SPMV )..Jangan fikirkan gaji yang dioffer mencecah ribuan ringgit... rebutlah peluang untuk belajar dahulu.. Ilmu pengetahuan yang tinggi akan membuat diri kita dihormati.. Saya memang mengalakkan anak-anak  mahir dalam bidang kemahiran.. dimana kita belajar jangan dikisah.. yang penting.. minat kita akan membawa kejayaan.. Tahniah buat semua...

No comments:

Post a Comment