BISKUT KEJU NORI
Bahan-bahan:
(A)
120 gm mentega
20 gm lemak sayur @ shortening @ crisco
60 gm gula kastor
1/8 sudu kecil garam
(B)
2 biji telur kuning
1/8 sudu kecil esen vanila
(C)
30 gm keju cheddar parut
20 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi
40 gm tepung kastard
160 gm tepung gandum
40 gm gajus (dibakar & dikisar)
¼ sudu kecil serbuk penaik
¼ sudu kecil soda bikarbonat
1 keping nori @ rumpai laut/seaweed (di gunting halus)
Hiasan: telur kuning, gajus & keju cheddar parut
Cara menyediakan:
1. Putar bahan (A) sehingga sebati & masukkan bahan ( B ).
2. Masukkan semua bahan (C) dan adun sehingga sebati.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit. Canai, terap & letak hiasan.
4. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.
2 comments:
yeahhh iena dgr resepi nie kt radio..
jmp gak blog chef nie
;)
Saya dah try resepi ni tapi tak letak nori la. Hasil biskut ni mcm lembab di permukaan la. kalau pegang mesti melekat di jari. Macam biskut makmur tanpa disalut gula. Adakah ini normal?
Post a Comment