Tuesday, February 26, 2013

JOM...JADI USAHAWAN NASI ARAB.. BISNES TERHANGAT SEKARANG !!! BISNES BULAN RAMADHAN..

Assalam dan Salam Hormat ... dah terpendam lama dah nak uploadkan gambar- gambar ini.. baru sekarang masa mengizinkan.. ini pun curi- curi masa sedikit..maaf terlebih dahulu buat semua kerana terlambat reply email dan sms class.. bukan tak nak  reply .. tetapi saya ikut turn mana yang masuk dulu.. email dan sms beratus- ratus sehari dah mengalahkan artis popular... terima kasih buat semua kerana bersabar.. Insyaallah.. jika anda ada rezeki.. memang tak kemana.. anda akan dapat juga join setiap class di CHEF ASMA CULINARY STUDIO...class yang saya anjurkan memang penyertaan terhad.. jika anda berminat nak join class walaupun jadual belum keluar..sila booking dari sekarang.. Ingat... jika anda tak booking awal- awal.. mungkin anda terlepas peluang... Jangan lepaskan peluang.. kerana di CHEF ASMA CULINARY STUDIO.. anda akan diajar resepi bisnes dan ilmu menjadi seorang usahawan.. bukan setakat anda jaguh didapur sendiri sahaja.. anda juga sudah boleh mengambil tempahan untuk katering... Jom Join CLASS NASI ARAB... MURAH SAHAJA !!! RM 250.. tak caya tengok gambar- gambar kat bawah ini... booking sekarang jika berminat...
Peserta akan diajar cara menghidang dan menyediakan NASI ARAB.. Tiga jenis Nasi Arab akan diajar .. 1. Nasi Kabsha 2. Nasi Mandhi Kambing Panggang 3. Nasi Mandhi Ayam Panggang.. saya tengok gambar ini pun dah menyelerakan.. memang sedap!!!
Resepi ini adalah asli dari Timur Tengah dan saya juga berguru dengan orang ARAB.. sebenarnya jika saya pi bercuti ke Negara Timur Tengah.. saya kesana adalah untuk mencari ilmu.. family saya pun terkejut bila saya buat Class Nasi Arab ini.. bila sudah terhidang depan mata.. tengok hasil hidangan ini ... terasa nak menitis air mata.. saya mendapat banyak dugaan semasa berada di Negara Timur Tengah... tak pa la.. saya simpan sebagai kenangan peribadi sahaja... sekarang sudah terbukti .. ini adalah hasil yang saya bawa dari sana...
Kat depan ini adalah BAKLAVA... saya kurangkan sedikit perasa dan manis mengikut selera Malaysia..kurangkan manis...dapat jauhi penyakit...
Haaaaaaaaa... ini model sambilan... sedappppppppp... kalau dah pandai masak tentu En. Hubby tak kemana.. sebelum masak tu.. baca- baca doa dan selawat sedikit..ini amalan yang saya selalu buat.. supaya segala apa yang kita sediakan akan diberkati... masak dari hati yang ikhlas akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan...
Nasi Mandhi Kambing Panggang.. kalau makan kat Restoran ARAB... Nak tau berapa satu set hidangan ini??? RM 450... buat sendiri dapat berjimat...
Nasi Mandhi Kambing Panggang dihidang bersama Salatah, salad arab dan youghurt dressing.. menyelerakan..
Layan lagi gambar - gambar ini... jangan lepaskan peluang untuk belajar Nasi Arab resepi original.. rempah- rempah yang saya gunakan original dari Timur Tengah.. jangan risau.. saya akan bagi tau kat mana nak beli semasa anda hadir class..
Nasi Kabhsa dihidang bersama hidangan sampingan.. nasi ini sangat menyelerakan.. beras ini adalah original beras panjang.. memang saya gunakan beras yang berkualiti... cepat booking sebelum terlambat .. nak puasa tak lama lagi...BISNES NASI ARAB DIBULAN PUASA...ORANG BERATUR PANJANG ... REZEKI PUN BERTAMBAH....
Ini kambing...bukan M*Y*T...kalau simpan kat dalam peti.. anak- anak tengok mesti terkejut...
Kambing ini dah bersedia untuk dipotong ....
Kambing yang saya gunakan adalah kambing yang berkualiti.. memang tak ada bau langsung...
Kambing sedia untuk dipotong.. jika nak panggang seekor pun boleh.. tetapi untuk Nasi Mandhi.. saya bahagikan kepada 4 bahagian..
Kambing direndam dengan rempah Arab... memang menyelerakan...
Ayam diperap dengan rempah Arab.. jangan risau.. ada banyak kat sini.. tak payah nak beli kat Timur - Tengah.. kat Malaysia ni ramai Pak ARAB..
Kambing dan ayam sebelum dipanggang... sangat menyelerakan sekali..
Kambing diperap sebelum dipanggang...
Kambing siap dipanggang.. nak buat untuk majlis BBQ pun memang sesuai...
Kambing Panggang.. sangat menyelerakan sekali..
Sayur sebelum dibuat salad...
Nasi Kabhsa didalam periuk... tersangat senang sekali proses penyediaannya.. tak tau masak nasi pun akan pandai... jom datang belajar class nasi arab... dapat dihidangkan dipagi raya... tentu mak mentua makin sayang... he.. he.. he..
Salatah yang sudah siap untuk dibahagi kepada setiap peserta...dibawah ini adalah sup untuk dimakan bersama Nasi Mandhi..
Terima Kasih buat semua peserta .. maaf jika ada kekurangan...saya harap semoga resepi yang saya sharekan didalam class ini dijadikan simpanan peribadi untuk bisnes... Rahsia bisnes dan menjadi usahawan yang berjaya sudah saya share.. diharap anda semua akan menjadi seorang yang berjaya hasil titik peluh anda sendiri... Ingat.. elakkan bergantung harap pada seseorang untuk berjaya... kemungkinan orang yang anda percaya akan menghancurkan hidup anda.. berusaha dengan hasil titik peluh sendiri adalah jalan yang terbaik.. Insyaallah .. jika kita bersabar... segala impian dan kejayaan akan kita kecapi.. peduli apa orang nak bercakap.. yang penting keikhlasan kita.. hanya Allah yang tau...Tips untuk kaum HAWA :-Simpanan peribadi seharusnya anda seorang sahaja yang tau.. jangan share dengan sesiapa... jika keadaan terdesak .. bantu setakat yang termampu.. Strategi  belanjawan seharusnya ada.... bantu family dengan hati yang ikhlas dan seharusnya segala apa yang kita lakukan lahir dari hati yang ikhlas... Ahkir sekali.. semoga anda menjadi seorang yang tabah... dugaan akan datang apabila kejayaan menghampiri diri kita.. tabahkan hati... Semoga anda menjadi seorang usahawan yang berjaya... Tahniah buat anda semua.. Terima Kasih dan Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment