Lapis Ubi Thai... jika kita ke Restoran Thai... Kuih Thai ini mesti ada dihidangkan.. warnanya memang terang sedikit... saya dulu sebenarnya pernah bekerja di Restoran Thai & banyak menghasilkan kuih2 Melayu ala Thai...
Bingka Suji dan Kuih Lompang Berlauk... Intinya boleh ditukar mengikut selera anda...
Kuih Lompang Berlauk...
Talam Lapis Pisang... sangat sedap .. kebanyakan resepi ANEKA TALAM PART 5 tidak menggunakan banyak telur... tetapi rasanya sangat enak sekali..
Talam Lapis Pisang... warna yang menarik dan memberi kelainan kepada pengusahan katering...datang aja belajar diChef Asma Culinary Studio...resepi yang diajar sesuai untuk usahawan dan bisnes...
Talam Terang Bulan...Rasa yang sangat berlainan dan menambahkan lagi variasi talam anda...
Talam Terang Bulan.. jika nak cantik .. susun elok2 ball hijau kat atas permukaannya..
Talam Lapis Cracker... sedap.. sedap.. talam jenis savoury...8 tahun lepas saya dah ajar resepi ini diclass saya dibakery2 shop sekitar Lembah Klang..
Talam Lapis Cracker.. sangat menyelerakan sekali...
Lepat Ubi Semarang... jika kita ke Indonesia.. macam2 lipatan kita akan jumpa...
Lipatan mestilah sama saiz .. baru nampak cantik...
Kukus Lepat didalam steamer Trio... ok... saya nak cerita sedikit tentang steamer ini.. memang steamer ini tengah hot sekarang.. harganya tersangat murah ..RM 175 sahaja jika datang collect sendiri... selagi stok masih ada >>>Saya nak minta tolong kepada sesiapa yang nak datang beli steamer ini.. TOLONG CALL DULU SEBELUM DATANG !!!!.. jangan datang mengejut... kerana saya utamakan student saya yang dalam class dulu daripada " walk in customer"..walk in customer tolong call & check stock dahulu.. & jangan datang marah2 coz time class saya tak ada masa nak layan.. saya utamakan student saya dahulu didalam class.....kalau call cakap nak ambil .. assistant saya boleh simpankan... salah siapa??? kalau datang jauh2 tak dapat... untuk selesaikan masaalah.. bank in je duit termasuk kos penghantaran.. saya akan poskan.. cara ni lagi senang.. anda pun tak habis duit minyak & gerenti barang sampai depan pintu.. senangkan ???? & minta tolong jangan datang mengejut.. studio hanya buka waktu class sahaja.. saya bukan jual barang.. saya hanya buat class sahaja... keutamaan kepada pelajar2 saya... memang saya sangat hargai pelajar2 saya...
Peserta termuda .. baru berumur 12 tahun.. jika minat .. umur tak jadi halangan...
Peserta lelaki pun ada.. jangan risau.. tak kisah lelaki atau perempuan... boleh datang belajar...
Peserta juga diberi tugasan untuk siapkan kuih- kuih... class ini sangat berbaloi.. sudah ramai peserta saya yang menjadi usahawan dan hartawan senyap... biar "senyap" janji hidup bahagia... semua boleh.. asalkan kita berfikiran positif...
Terima kasih pada Kak Noraini & Puan Jamaliah.. selalu join class saya.. buat Kak Noraini .. tahniah diucapkan kerana mendapat hadiah cabutan bertuah pengunjung ke 200,000... dapat mixer TRIO...
Peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberi... Insyaallah anda akan berjaya jika berusaha..Ingat .. untuk berjaya... kena belajar dari seorang mentor yang berjaya dan mentor yang berkemahiran..kerana ilmu dan kemahiran akan dikongsi bersama anda...
Saya izinkan setiap peserta mengambil gambar sebagai rujukan .. tetapi berpada2.. ingat kawan2 yang buat bisnes... faham2 apa yang saya pesan didalam class...Ok.. semoga anda terus berjaya dan bahagia selalu...harapan semoga anda semua akan berjaya mencapai apa yang anda target untuk tahun 2013..
0 comments:
Post a Comment