Thursday, March 10, 2011
SPIRAL MARINARA @ PASTA
Assalam & salam buat semua blogger & penonton WANITA HARI INI di TV3 pada 9 mac 2011..seperti yang dijanjikan saya masukkan resepi SPIRAL MARINARA...
RESEPI SPIRAL MARINARA :
Bahan - bahan :
150 gm pasta spiral @ apa 2 pasta yang disukai seperti spaghetti , fettucini dan apa2 aja!!-direbus selama 10-15 minit @ sehingga lembut..
150 gm mix seafood ( kat giant banyak )- frozen dalam paket...
2 tbsp tomato paste
2 tbsp tomato sos @ cili sos
5 biji cendawan butang- dipotong nipis
1/2 biji bawang besar - holland- di potong kiub
2 ulas bawang putih- dicincang halus
1/2 tsp lemon juice
1 tsp oregano
1 helai daun basil @ bay leaf
1 tbsp olive oil
garam & lada sulah - secukup rasa
hiasan :
parmesan cheese - secukupnya
daun parsley - secukupnya
Cara - cara menyediakannya :
1. Panaskan minyak , tumiskan bawang putih & bawang holland.
2. Masukkan seafood & sedikit air, masukkan tomato paste & sos cili @ sos tomato.
3. Masukkan semua bahan2 , sesuaikan rasa dengan garam & lada sulah.
4. Kacau hingga sebati & masukkan kedalam pinggan.Hiaskan dengan daun parsley & tabur parmessan cheese..
Tips : Marinara adalah gabungan pasta daripada seafood & tomato... jika sukakan pedas .. boleh diletakkan crushed red pepper flakes @ cili padi...
- Jika sukakan tomato- boleh dipotong kiub & dicampur sekali.. buang biji... pasta marinara rasanya masam2 sedikit... tiada cream dicampurkan... hanya tomato & seafood adalah bahan utama...
Terima kasih & selamat mencuba.. bye !!!
Tuesday, March 8, 2011
CLASS ANEKA TALAM - PART 2- 13 February 2011
Jadual class talam part 2 sila lihat diatas .. sila sms @ email untuk booking & buat pembayaran awal untuk dapatkan tempat.. class talam yang dianjurkan oleh saya memang terlalu ramai yang waiting list... semoga rezeki anda semua akan bertambah2... Insyaallah...
Cara membuat topping berlauk...
MAJLIS DOA SELAMAT MY ACADEMY





CLASS TARTLET DAN PIE - 29 JANUARY 2011
Assalam & salam buat semua pelajar2 saya & semua blogger yang selalu mengikuti perkembangan kerjaya saya.. sesungguhnya jadual saya terlalu padat dengan pelbagai aktiviti.. sudah sebulan tertangguh untuk update kan blog & berkongsi gambar2 class bersama pelajar2 saya..Disini saya masukkan gambar2 class semasa class tartlet & pie pada bulan January ... walaupun sudah 2 bulan berlalu .. sekurangnya gambar2 ini dapat dijadikan rujukan kepada pelajar2 saya yang mungkin terlupa apa nama2 tartlet & pie yang dibuat semasa class... memang berbaloi2!! dengan hanya Rm 250 .. mereka dapat belajar pelbagai cara & jenis pie & tartlet...jika berminat untuk mengikuti class ini .. jadual terbaru pada 9 APRIL 2011 ( SATURDAY )...sila sms @ email untuk booking & sila buat payment sebelum date line untuk mendapatkan tempat... class akan diadakan di academy saya dalam suasana yang selesa...
Peserta sedang menyiapkan tartletnya... seronok belajar.. dapat macam2 ilmu... datang lenggang kangkong... bawa balik berkotak2... makan minum pun disediakan.... ruang menunggu untuk family pun saya sediakan diacademy saya yang sudah beroperasi setiap Sabtu & ahad sahaja...Terima kasih kepada pelajar2 saya yang selalu memberi semangat kepada saya...setiap kesabaran , ketekunan & keikhlasan akan diberi balasan jika kita ikhlas... Insyaallah rezeki akan bertambah2... doa saya untuk pelajar2 saya semoga mereka semua akan mendapat apa yang dihajati... teruskan usaha anda... Terima Kasih & Jumpa lagi... Bye ....