Assalam dan Salam Hormat.. Maaf sekali lagi.. saya tak marah sekadar teguran ikhlas untuk memajukan diri anda semua terutama student saya yang dikasihi.. saya sayang semua student saya, kalau boleh saya nak semua student saya berjaya.. itulah harapan saya.. jika ada yang tak betul , saya cuba betulkan dengan ikhlas.. bukan nak marah.. Cuba tengok gambar diatas.. inikan hasil gambar dari blog saya.. Gambar ini tak seharusnya digunakan untuk buat promosi jika anda nak buat class.. bukannya apa.. Bila anda buat class , product tak sama macam diatas.. sebelum saya bersuara , saya dah buat kajian dahulu.. bila saya tanya.. mmg gambar ni diambil sendiri guna kamera sendiri.. Ya Allah ini jawapannya.. gambar ni kan sebijik dari blog chef asma.. hati -hati sebelum beri kenyataan.. "gambar diatas adalah dari facebook student saya untuk buat promosi class".. rasanya beliau dah removed bila PA saya balas komen.. Maaf ya.. yang banyak handle facebook adalah My PA..
Ni lagi satu.. gambar talam kat bawah tu pun dari blog saya..( gambar roti tu bukan class saya ya .. saya cuma sempat saved image yang ini sahaja) hati- hati anak-anak muridku yang disayangi.. ini teguran ikhlas.. bukan marah.. nak bagi u all semua berjaya.. kalau nak tengok contoh testimoni anak murid saya yang terbaik.. tengok di wall facebook Asma Nordin.. Leeza Delight.. memang terbaik promosinya.. guna hasil airtangan sendiri dan ramai lagi anak murid saya yang terbaik dan dah berjaya.. ribuan anak murid yang datang menuntut ilmu di Chef Asma Culinary Studio sudah mengapai impian mereka... Saya bukan minta dihargai,, tetapi menghormati seorang guru itu seharusnya.. barulah kita akan berjaya.. ini la petua saya.. kalau tak suka duk diam-diam.. jangan pi kelas lain duk canang cerita merapu-rapu.. kalau student datang canang cerita sifu mereka .. jawapan saya "" ITU STYLE DIA" belajar banyak guru memang bagus.. ilmu dapat banyak.. OK.. terima kasih buat semua.. jangan ambil hati ya coz ini teguran ikhlas untuk memajukan diri anda semua kerana " SAYA SAYANG ANDA SEMUA" maaf saya tak sempat reply setiap komen yang dihantar.. Bersabar jika nak menuntut ilmu dengan saya kerana terlalu ramai waiting list untuk CLASS ANEKA TALAM.. Terima Kasih dan Jumpa lagi..
Showing posts with label LUAHAN HATI SIFU TALAM. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN HATI SIFU TALAM. Show all posts
Tuesday, May 20, 2014
PLS!!!..PLS!! GUNAKAN GAMBAR SENDIRI UNTUK BUAT PROMOSI...Tak marah.. cuma nak ingatkan saje!!!
Labels:
LUAHAN HATI SIFU TALAM
Sunday, January 5, 2014
SIFU TALAM DAH BERSUARA !!!! SEKADAR LUAHAN HATI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!JANGAN CIPLAK GAMBAR .. TOLONG MINTA IZIN DULU !!!
Assalamualaikum.. dikeheningan pagi yang amat tenang ini.. saya mendapat panggilan dari seorang student saya yang amat prihatin.." Chef.. you ada buka branch kelas talam ke???.. gambar-gambar talam you yang sebijik2 sama dalam blog you dalam facebook seseorang... la.. ya ke???.. memang saya izinkan gunakan gambar-gambar untuk brochure .. tetapi kredit la sikit nama tu.. bukannya apa.. nanti student yang datang belajar tertipu pulak dengan product yang dikeluarkan.. ajar tak sama dalam gambar.. memang resepi sama.. tapi product tak kan sama.. susunan pun tak sama.. kerana hasil tata hias mesti berbeza...tetapi jika nak buat class.. seeeloknya gunakan gambar dan hasil product sendiri.. baru orang tak tertipu.. seperti juga kita pi makan kat restoran.. kita order menu tu tengok pada gambar" cantik dan menyelerakan" bila sampai kemeja.. lain pulak.. bila diselidik.. kononnya gambar tu diciplak dari website.. kan dah malu sendiri""" mula la buat cerita""" ooooo tu sifu saya.. disitu juga serba sedikit menjatuhkan imej saya... sebenarnya dah ramai student saya berjaya dan menjadi usahawan tanpa menghadiri seminar- seminar usahawan yang "gah" dan bayaran yang terlampau mahal.. berkat sokongan dari saya mereka dah berjaya membuka kelas sendiri.. tetapi mereka tak pernah buat kerja senang camnie.. mereka gunakan gambar2 sendiri tetapi resepi tetap sama... gambar -gambar yang saya upload ini adalah yang sudah diciplak untuk dimasukkan kedalam facebook sebagai promosi besar- besaran... baru je beberapa hari saya upload gambar2 ini.. dah ada yang ciplak untuk buat promosi besar- besaran tanpa keizinan dari saya...tau tak , sy bersengkang mata sehingga jam 4 pagi nak upload gambar2 ini kerana time ni sy terlalu busy nak siapkan assiggment master saya.. dah la kena bebel dengan en hubby minta carikan gambar yang sesuai kerana class next week dah nak start.. student duk minta gambar.. dengan tangan yang mengigil .. uploadkan juga.. bayangkan perasaan anda .. jika anda berada seperti saya.. anda cuma senang je ambil.. yang bersengkang mata adalah saya... waduh2 senang sekali.. datang bayar RM 190 macam2 dapat.. saya tak kisah.. bagi tau la.. jangan sampai saya dapat tau dari orang lain..
Pembaris Talam yang saya cipta untuk menyenangkan pelajar2 saya juga sudah banyak diciplak tanpa keizinan saya.. cuma ada seorang sahaja student saya dari Johor yang minta izin dari saya.. yang lain tak pernah minta izin pun dari saya.. siap dijual kat bakery shop lagi.. apakah etika anda?.. bila saya tau pembaris ni ada dijual dibakery shop.. saya memang tak izinkan.. kenapa nak bagi bakery shop jual??? saya malas nak cerita panjang dalam ni kenapa saya tak bagi pada bakeri shop.. cuba fikirkan .. bakery shop tu milik siapa???? jawab dalam hati ya...saya boleh pi buat " trademark" tetapi tolong hargai apa yang saya cipta untuk kemudahan anda.. anda nak mengajar atau nak jual dalam kelas.. suka hati.. tak pa.. jika datang beli dengan saya.. memang saya bagi harga student pun.. tak danya saya nak balun untung banyak.. tak banyak pun saya dapat.. anda yang jual lagi banyak untung dari saya..apa yang saya buat untuk kemudahan student saya.. bukan student saya pun dan ambil hak dan idea saya.. kenapa sebelum saya cipta.. anda tak ada idea?? sekarang bila dah jadi macam pisang goreng panas semua duk buat benda nie.. hormati la pencipta asalnya.. tak salah minta izin dulu.. saya bukan kejam orangnya.. anda tak beli hak cipta saya.. anda cuma datang belajar nak dapatkan resepi.. saya izinkan resepi dikembangkan untuk bisness.. bukannya hasil ciptaan saya juga anda ambil... Hormati setiap sifu anda.. Sifu anda memberi segala resepi didalam kelas.. bukannya segala hak cipta Sifu anda diambil semua jadi hak milik anda.. Jangan risau.. anda juga akan jadi macam saya jika anda mempunyai idea , kerajinan, ketekunan , ketabahan dan apa2 ke la lagi... MINTA IZIN DULU SEBELUM AMBIL HAK ORANG.. CIPTA IDENTITI ANDA SENDIRI...Gambar ini mendapat ratusan ribu "like"didalam facebook anda.. semua memuji cantik- cantik..baru je gambar saya upload dalam blog.. dah diciplak..anda siap komen.. memang berbaloi- baloi.. sedap, cantik.. cuba bayangkan jika anda buat tak sama bentuk macam dalam gambar.. tentu anda malu..
INGATAN :::!!!!Saya akan bersuara bila mendapat feedback from student saya yang tak puashati dan saya akan inform dalam blog.. saya tak akan tulis dalam facebook kerana dalam facebook, anda tentu tau.. komen2 merapu pun banyak.. lagi pun saya tak punya banyak masa duk layan facebook.. .. saya harap apa yang saya ajar diguna sebaik mungkin.. bila dah berjaya .. jangan ego dan memusuhi saya dan menyampaikan berita yang kurang menyenangkan.. ingat ramai student sy akan sampaikan pada saya.. saya pun tak kenal sangat coz ribuan orang yang datang.. bila ada isu, baru saya akan buat kajian.. Saya juga bukan seorang yang hebat.. Tetapi sekarang pergi kemana- mana.. orang gelarkan saya " SIFU TALAM" Allhamdullilah.. ini berkat usaha dan rezeki dari Allah.. bukan senang nak capai kejayaan... belum tentu anda pergi keseminar usahawan anda berjaya.. yang penting .. Cari identiti anda sendiri.. bagi saya resepi no hal.. jika gunakan gambar2 dalam blog seseorang untuk tujuan promosi sudah menyalahi etilka.. nampak sangat...anda menciplak hak orang.. so hati- hati wahai pelajar ku semua..hormati setiap hak SIFU anda.. Saya tak berapa gemarkan gunakan facebook selalu untuk buat promosi kerana saya menghormati pelajar2 saya.. yang add saya pun ramai pelajar2 saya.. kalau tersilap tulis nanti kecil hati.. sekali- sekala sahaja.. Saya sudahi dengan salam hormat buat semua.. anda tetap akan berjaya jika anda rajin berusaha... TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI...Banyak class terbaru menanti anda.. sila call minta izin sebelum ada yang menyampaikan pada saya.." PAPARAZI " berada merata-rata.. hati- hati sebelum anda dimalukan.. kalau dia komen dibawah.. eeeh ini CHEF ASMA punya... , tentu malukan... so tolong cari identiti sendiri... WASSALAM..
Labels:
LUAHAN HATI SIFU TALAM





