Aneka Talam yang disediakan didalam loyang 10 inci.. jika berminat nak beli loyang.. sila hubungi saya..
Apam Dewa Versi Polkadot.. sangat gebu sekali..
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong Bingka..
Peserta sedang menyediakan Apam Dewa Polkadot..
Peserta sedang menyiapkan Apam..
Kuih Lompang yang cantik dan mempunyai lubang ditengahnya...kukus menggunakan api yang kuat supaya dapat menghasilkan lubang yang cantik..
Apam Dewa boleh dibuat pelbagai design.. jika tidak suka dimasukkan kedalam acuan.. boleh dikukus didalam loyang 10 inci..
Kuih Lompang yang sudah siap diletakkan kelapa diatas permukaannya..
Resepi Lompang yang enak dan sedap sekali..
Peserta lelaki yang hadir pada hari ini.. beliau selalu menghadiri class yang saya anjurkan... semuga menjadi usahawan yang berjaya..
Peserta sedang mendengar penerangan sebelum Talam dipotong..
Apam Dewa yang siap dikukus.. kukus kurang 10 minit sahaja untuk mendapatkan hasil yang cantik..
Aneka Talam yang dapat disiapkan ... sehari class sudah dapat menghasilkan pelbagai jenis talam.. berbaloi.. baloi..
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong talam..
Talam Lapis Kacang Merah.. lapisan yang cantik sekali..
Potongan 25 pcs dengan menggunakan pembaris untuk potongan 25 pcs @ 50 pcs..harga pembaris RM12.50 satu ...tidak termasuk kos penghantaran..( pembaris ini tidak termasuk didalam set pembaris harga Rm 50.00 )
Cara - cara memotong untuk 25 pcs dan 50 pcs...
Talam Keladi Berlauk.. sos belum diletakkan lagi diatas permukaannya..
Talam Lapis Ubi Kayu.. untuk mendapatkan rasa yang sedap.. gunakan ubikayu kuning..nak beli kat mana?? kat pasar borong ....nak parut guna apa??? beli mesin kelapa jika nak gunakan untuk bisness.. jika tak.. parut sendiri ...jika beli banyak ubi.. dah parut simpan dalam frezeer.. boleh tahan berbulan- bulan..Lapisan yang cantik.. sangat mudah sekali penyediaannya...
Packaging talam untuk diberi kepada setiap peserta...
Tersenyum melihat talam yang cantik dan pelbagai rupa..
Talam Marble..sila join Class Aneka Talam Part 4 untuk mempelajari cara - cara membuat marble...
Lapisan Talam Marble yang cantik..sedap sekali..
Cara- cara memarut cheese supaya kelihatan cantik..pemarut beli di " IKEA"...
Cara menabur cheese diatas permukaan Bingka Cheese.. jika tak pandai tabur.. tak cantik...
Glamour Bingka Cheese ini.. dah le sedap.. glamour pulak tu... bestnya kalau dapat hasilkan bingka yang sedap & enak.. jom .. join class.. ketahui rahsia penyediaannya..
Bingka Cheese yang sudah siap ditabur cheese diatas permukaannya..
Bingka Roti Berlauk.. diselaputi dengan mozarella cheese diatas permukaannya.. sangat eanak..
Tekstur yang lembap dan sangat sedap ... menyelerakan...
Sebahagian Talam yang akan dibawa pulang oleh setiap para peserta...
Talam yang diselaputi sos diatas permukaannya...
Lapisan dalam yang dipenuhi dengan ubi keladi...
Bingka Kemboja .. dimasukkan kedalam bekas foil.. sangat kemas sekali jika dijual secara "small portion"..Resepi ini sangat sesuai untuk kuih cara berlauk... jika nak senang .. bakar sahaja didalam oven...
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong talam..
Talam Seri Muka Banjar... special resepi yang sedap...
Pelbagai kolabrasi resepi didalamnya.. sangat sesuai untuk hidangan sempena "open house" nanti..
Aneka Talam yang siap untuk dibagi kepada setiap peserta...
Bingka Kemboja Berlauk...
Bingka Kemboja Berlauk .. saya masukkan kedalam foil..
Bingka Kemboja Berlauk didalam foil...
Terima Kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari ini.. semoga anda akan menjadi seorang usahawan yang berjaya..Peserta yang tak ada didalam gambar ini .. maaf ya.. & Selamat Berpuasa...
2 comments:
chef asmah ade class di JB, mummy stay @ singapore, ingin nak ikoti class u di mane ye
Salam Chef Asmah, kelas Talam part 4 tu ada kah bulan feb ini?Saya stay kat Swak.
Post a Comment