CHEF ASMA

CHEF ASMA

JADUAL CLASS BERSAMA CHEF ASMA - BERMINAT SILA WHATSAPP @ SMS KE NO 012 3083750 FOR BOOKING..

ASSALAM.. detail MODULE & JADUAL CLASS..sila lihat dibawah ini @ send booking ke No 012 3083750

==============================

1. Jika anda ingin membeli RESEPI BISKUT RAYA 2012
( 25 jenis )-Rm 100 -
KLIK MODULE CLASS BISKUT 2012 sila sms jika berminat.. saya akan send detail payment..kerana class ini tidak akan saya ulangi lagi untuk 2016..KLIKGAMBAR CLASS BISKUT dibahagian label sebelah kanan.

2.Perhatian :- Berminat nak beli RESEPI sila sms @ whatsapp 012-3083750- RESEPI KOMPILASI BISKUT TERLARIS 2015 ( 25 Jenis)- Rm 100- ( Resepi biskut terlaris sepanjang tahun Chef Asma, mmg berbaloi , sedap!! )
.KLIKGAMBAR CLASS BISKUT dibahagian label sebelah kanan.
==================================

PERHATIAN!!! Sila booking skrg untuk Class yang ANDA berminat..JGN tunggu tarikh ..waiting list selalu "FULL"

Penting!!..
Penting!!..Sila Baca...Class Aneka Talam.. sila booking skrg, kiv list terlalu ramai.


=================================
MODULE : -Class Hand's on 14 Jenis Aneka Talam - Part 1 termasuk FREE RESEPI -" Talam Durian terhot" (20 Jenis) .
( Sila Booking Skrg
)- Rm 200

( Contoh Module & Gambar sila KLIK dibahagian label sebelah Kanan " AA..MODULE CLASS ANEKA TALAM PART 1"


========================================
MODULE : Class Hand's on 14 Jenis Aneka Talam Part 2 + FREE RESEPI (Total 20 Jenis) ( Sila Booking Skrg ) -Rm 200 KLIKGAMBAR ANEKA TALAM PART 2

===================================

MODULE : Class Hand's on 20 Jenis Aneka Talam Part 3 + FREE RESEPI (Total 25 Jenis) -( Sila Booking Skrg )Rm 200.KLIK GAMBAR ANEKA TALAM PART 3
=======================================

MODULE : Class Hand's on 14 Jenis Aneka Talam Part 4 .( Sila Booking Sekarang ) Rm 200.
KLIKCLASS ANEKA TALAM PART 4
=====================================

MODULE : Class Hand's on 14 Jenis Aneka Talam Part 5 + FREE RESEPI (Total 20 Jenis) -
( Sila Booking Sekarang)- Rm 200
.KLIK GAMBAR ANEKA TALAM PART 5

=====================================


MODULE: CLASS Hand,s On (DIY) Basic "SOFT BUN"- Roti Butterscoth (Sarang Lebah) , Cheezy Bun, Butter Floss Bun, Mini Potato Bun with Diplomat Topping , Sausage Roll,Twist Bread,Tuna Bun,Mexican Bun Whole Meal Bread & pelbagai jenis roti lagi akan diajar daripada doh yang gebu - gebass-RM 250 -( Sila Booking Sekarang).. Setiap Peserta akan diajar untuk menghasil roti yang teramat gebus (IBU DUIT)..Berbaloi-baloi.. "Sendiri buat dari air tangan ANDA & di "guide" oleh Chef Asma.
======================================

MODULE : CLASS HAND'S ON 9 TYPES BROWNIES BAKAR & KUKUS (terlajak LARIS).... ( Rm 280 - Sila Booking Skrg) Sangat sesuai untuk bisnes..setiap peserta akan diajar menimbang bahan, membuat, membancuh & menghias brownies in tray secara Hand's On..Memang berbaloi-baloi kerana class ini dijalankan secara "DO IT YOURSELF( DIY )" penyertaan hanya untuk small group sahaja..Penyediaan brownies tersangat senang..semudah"cekodok pisang" mmg betul!!Join Class jika nak tau detail..tak ada basic buat kek langsung & tak ada mixer cake pun boleh jadi brownies..memang terhangat & berbaloi-baloi..jangan risau..pendedahan didalam class hanya di "Chef Asma Culinary Studio" sahaja...KLIK GAMBAR CLASS BROWNIES
Jenis - jenis Brownies :- 1. Cheezy Brownies Kukus 2. Butterscotch Brownies 3. Chocolate Bavarian Brownies 4. Brownies Kedut 5. Nutty Chocolate Brownies 6. German Cheese Brownies 7. Congo Nutty Bar Brownies 8. Double Chocolate Frosted Brownies 9. Crumble Fruity Brownies

========================================

MODULE : - CLASS HAND'S ON WESTERN FOOD - Rm 300 ( Sila Sms/whatsapp for booking)..Sangat sesuai untuk bisnes & Resepi original from " Hotel "..Sila lihat module dibawah..KLIK GAMBAR CLASS WESTERN CLASS TERHANGAT & Tersangat berbaloi...
Module :1. Mushroom Soup 2. Roasted Whole BBQ Chicken 3. Fish & Chips 4. Chicken Boxing 5. Grilled Chicken Chop 6. Striploin Steak 7. Fish Finger 8. Garlic Bread 9. Russian Salad 10. Coleslaw 11 .Potato with minced beef @ chicken salad 12. Demi Glaze 13. Black Pepper Sauce 14. Mushroom Sauce 15. BBQ Sauce 16. Tartar Sauce 17 .Thousand Island Sauce 18.Cocktail Sauce 19. Vinaigretee Dressing... Tersangat berbaloi2!!!! ... Saya akan tunjukkan cara - cara presentation " hotel style ".. Setiap peserta akan membuat sendiri dari penyediaan bahan2 sehingga "presentation on plate "... selepas itu... boleh packing & bawa balik !!!! tak perlu bawa apa2 Bonus :1. Saya akan tunjukkan cara2 membuat brown stock untuk dijadikan brown sauce( original resepi !!!!) ... bukan menggunakan instant powder!!!!
==================================

MODULE :
-Class Hands On Assorted Cheese Cake in small container ( Rm 250 - Sila Booking Skrg) -1. Toffe Caremel Scotch Cheese ,2.Chilled Oreo Crumble Cheese, 3. Melty Choco Velvet Cheese 4. Pandan Lava Cheese 5. Cappucino Butterscotch Lava 6. Red Velvet Steamed Lava Cheese 7. Cheese Cake Meleleh - kukus.. 8. Cheezy Frosted Resepi ,filling Cheese Lava & Butterscotch yang tersangat sedap.. 9. Chocolate Cheese Lava ( DLM CLASS BYK LAGI CHEF AKAN AJAR - Berbaloi !!! ) 10. KEK LAVA BERHANTU pun saya ajar..Sedap tersangat sedap


=========================================

Tarikh : Class Hand's On Do it Yourself IBU DUIT Pelbagai Jenis FROZEN FOOD (8 Jenis ) - (Rm 200-Sila Booking Skrg)
( Penyertaan amat terhad..teramat rugi jika anda tak join..mmg rugi..sila join).... Sesuai untuk komersial..Sangat berbaloi..baloi..KLIK GAMBAR CLASS FROZEN
..ribuan anak murid Chef Asma sudah berjaya menghasilkan produk frozen..ANDA bila lagi?????
Resepi yg diajar :-
1. Roti Canai 5. Cheezy Popia Breaded
2. Mini Martabak 6. Sardine Roll
3. Pau Kukus Kacang Merah 7. Samosa
4. Pau Kukus Kelapa 8.Karipap Pusing

=======================================

Module :- Sila Booking sekarang jika Berminat - (Half Day Class Do It Yourself @ DIY)- RM 150 sahaja..Class 100% Hand,s On BISCOTTI..Setiap peserta diajar menimbang, membuat & membancuh BISCOTTI ( Resepi yang "terlajak laris dipasaran" peserta akan diajar cara packaging & memotong Biscotti ) .. rugi jika tak dtg belajar.. permintaan yang tinggi menjelang musim perayaan. Class ini ada 3 sessi ( sessi 1 ~jam 10 am, sessi ke 2 ~jam 12 noon & sessi ke 3~ jam 3 ptg)- sila pilih masa yang sesuai bila ANDA sms for booking.
=====================================

Tarikh :-
Sila Booking sekarang jika Berminat - ( Half Day Class-Do It Yourself @ DIY)- CLASS ALMOND CRUNCHY/ SNAP/ FLORENTINE CRUNCHY - RM 150 sahaja..Class 100% Hand,s On Almond Crunchy / Florentine Snap..Setiap peserta diajar membuat, membancuh Almond crunchy snap ( Resepi homemade & BUKAN RESEPI INSTANT- ANDA akan di ajar cara memotong dan packaging ).. rugi jika tak dtg belajar.. permintaan yang tinggi apabila menjelang musim perayaan.
=====================================

Tarikh :
( Sunday)- ( Sila Booking Sekarang )-
RM 200 - CLASS DO IT YOURSELF 6 JENIS KEK CONTINENTAL SLICES " Saiz 10 Inci"(terlajak LARIS)..
..Sangat sesuai untuk bisnes..setiap peserta akan diajar menimbang bahan, membuat, membancuh & menghias Kek Continental in tray secara Hand's On..Memang berbaloi-baloi kerana class ini dijalankan secara "DO IT YOURSELF( DIY )" penyertaan hanya untuk small group sahaja..Penyediaan Kek Slices tersangat senang.Join Class jika nak tau detail..tak ada basic buat kek langsung pun boleh jadi kek yang comel..memang terhangat & berbaloi-baloi..jangan risau..pendedahan didalam class hanya di "Chef Asma Culinary Studio" sahaja(Sila Rujuk gambar dibahagian label- sebelah kanan @ FB Page Chef Asma Bakery & Class
Jenis - jenis KEK SLICE :-
1. Black Forest Gateaux 2. Mango Tango Gateaux 3. Bluebery Gateaux 4.Strawbery Gateaux 5. Butterscotch Caremel Gateaux 6. Kiwi Gateaux
** Belajar 6 jenis, chef akan bagi tips untuk menghasilkan berpuluh jenis jika join klass secara face to face.


=====================================


MODULE : ( Sila Booking Sekarang )-RM 250.. Class Demo Nasi ARAB ,Nasi Mandhi (AYam & Kambing), Nasi Kabsha Berempah,Salad, Salatah, Soup & KAMBING PANGGANG (seekor kambing) ... Special resepi dari Timur Tengah.. Penyertaan terhad ... Sila booking awal.. class ini sangat sesuai untuk pengusahaan katering dan sesiapa sahaja yang berminat.. berbaloi2... nak perap Kambing pun diajar... jika nak buat function.. perap sendiri aja.. mmg berbaloi2... kalau beli kambing seekor yang siap dipanggang pun dah ribu RINGGIT harganya... tak rugi join class ini...tempat dan kedai untuk membeli rempah - rempah dari ARAB akan saya inform dalam class.. jgn risau alamat kedai pun akan saya bagi tau dalam class.. saya tak jual rempah ARAB.. hanya kedai jual rempah ARAB sahaja akan saya bagitau..selepas class ini pi beli sendiri ya(nak masak dlm portion yang banyak akan diajar..tak perlu periuk mahal)....KLIKGAMBAR CLASS NASI ARAB
==================================

MODULE : ( Sila Booking Skrg!! )- RM 200 - CLASS DEMO MASAKAN PANTAI TIMUR " SET NASI KERABU TERLAJAK LARIS !!!) Nasi Kerabu Biru Bunga Telang , Nasi Kerabu Kuning, Daging Bakar Berempah , Ayam Panggang Berempah ,Ikan Goreng Salut Tepung ,Solok Lada, Tumis Budu, Tumis Budu Berlemak, & PELBAGAI Condiments untuk Nasi Kerabu "Tak Rugi Join Class Ini.. RESEPI ASLI dari Pantai Timur ( RESEPI BISNES family Chef Asma) ....Sangat sesuai untuk bisnes.. ...mmm SEDAP..Teknik Pembungkusan akan diajar.. JOM JOIN SEKARANG !!! IBU DUIT !!!
================================

Module: (Sila Booking Skrg) - CLASS SEMI DEMO ASSORTED ECONOMY "SWISS ROLL"- Benji Roll, Triangle Roll, Zebra Roll, Zig-zag Roll & Etc with Italian Butter Cream-RM 250 -( Sila Booking Sekrg- Penyertaan untuk small group Shj).. Setiap Peserta akan diajar mengulung SWISS ROLL & teramat HALUS TEKSTURNYA (IBU DUIT)..Berbaloi-baloi..

=====================================
Module :
( Sila Booking Skrg ) - CLASS Hand,s On (DIY) PUFF PASTRY -Pelbagai Jenis Puff Pastry seperti Chicken Pie, Sardine Puff, Danish Puff , Fruit Puff , Vol -au- Vent, Banana Boat @ Banana Molen, Cheezy Strudle & byk jenis lagi -RM 250 -( Sila Booking Skrg!!).. Setiap Peserta akan diajar untuk membuat sendiri puff yang berlapis- lapis - sila lihat gambar di label sebelah kanan - CLASS PUFF PASTRY..Berbaloi-baloi
=======================================
Module : ( Sila Booking Skrg) - Rm 200 Class Semi Hand's On Assorted Choux Pastries ( Sweet and Savoury ) & DURIAN CREPE. ... sesuai untuk hantaran & doorgift...berbaloi - baloi !! (Harga OFFER!! KLIK GAMBAR CLASS CHOUX PASTRY ...* setiap peserta akan membuat sendiri Assorted choux pastry &" durian crepe".. resepi yang meletop...filling yang tidak terasa muak di tekak & sesuai dimakan sejuk @ suhu bilik... KLIK MODULE CLASS CHOUX PASTRY

=========

**Sila lihat info , Module Class & keterangan detail dibahagian label ( sebelah kanan) & kepada peserta yang sudah mendapat "dateline payment" , sila buat pembayaran sebelum "dateline", jika tiada pengesahan , saya akan bagi tempat pada waiting list***

Lokasi Class : Taman Putra Perdana , Puchong, Selangor.
( Detail alamat akan disms kepada peserta yang sudah membuat payment sahaja ... )

Masa : 9 .30 Pagi - 6.00 Petang

No Telefone : call / whatsApp/ sms : - 012-3083750

Website : http://chefasma.blogspot.com
Website : www.chefasmakitchenware.com

Email: chefasma19@yahoo.com

Facebook : Asma Nordin

FB Pages : Chef Asma Bakery & Class
FB Pages : Chef Asma Kitchenware

Keperluan Class : Tidak perlu bawa apa2.. semua disediakan termasuk apron, towel, makan, minum & packaging .. Berbaloi ... baloi..

Sijil Penyertaan : Dikeluarkan atas permintaan dengan kadar bayaran Rm 5.00

JOM .. JOIN ... ANDA TIDAK AKAN RUGI APA- APA... ILMU YANG DIKONGSI AKAN DAPAT MENAMBAHKAN PENDAPATAN BUAT ANDA SEMUA... BELAJAR DARI YANG PAKAR JIKA ANDA INGIN BERJAYA..

Thursday, July 26, 2012

TRIO ELECTRIC OVEN TEO 482 - RM 370 SAHAJA...

Trio Electric Oven TEO 482 sangat berbaloi dengan harga RM 370... tidak termasuk kos penghantaran.
Muatan tray :- 13 inci x 10 inci..
Sangat sesuai untk membakar pelbagai jenis masakan... kepada yang belum mempunyai oven.. saya syorkan anda membeli oven ini.. harga yang tidak terlalu mahal & jika membakar biskut .. dapat muat 3 tray.. berbaloikan? ...
Harga redai @ wire rack :- Rm 15.00 satu... tetapi dah ada dalam set itu hanya 1 sahaja.. saya syorkan anda beli lagi 2 kerana jika bakar biskut boleh letak 3.
Sesuai untuk membakar kek lapis:- muatan loyang :- 7 inci x 7 inci = 2 loyang
Tray 10 inci x 10 inci muat tak????? .. sudah tentu muat .. jika tak muat tray 10 inci buat apa saya nak jual product ini.. kerana class talam, bingka , french pastries dan lain2 semua saya guna tray 10 inci...
Berminat .. sila sms  @ email.. nak collect sendiri pun boleh.. tetapi sila buat order dulu sebelum datang collect...
Contoh gambar.. besar kan?
Suhu yang sekata.. tak nak kipas boleh tutup.. nak kipas boleh on.. jika bakar biskut .. elok guna kipas..
Tray ini boleh dikeluarkan untuk dicuci.. jika minyak tertumpah .. boleh dicuci..
Aksesori yang terdapat didalamnya.. jika nak beli extra .. ada stok...
Bakar ayam pun boleh.. nak buat ayam pusing @ ayam golek sangat sesuai...
Suhu yang sekata...apabila membakar hasil yang kita dapat amat memuaskan..
Ada lampu kat dalam.. anak2 tentu happy melihat mama , mummy , umi dan hubby membakar kek..seronok kan??
Suhu yang boleh di control... apalagi lagi.. jom order sekarang... murah sahaja ... French pastries pun saya bakar dalam oven ini...nak bakar cheese cake.. mmg boleh...kek lapis.. boleh jugak...

Wednesday, July 25, 2012

CLASS BISKUT RAYA VERSI 2012

Assalam & Salam Hormat buat semua ...gambar- gambar ini adalah daripada class biskut raya versi 2012... sambutan amat mengalakkan dan peserta tersangat ramai.. untuk class biskut raya pada tahun 2013.. harap booking awal untuk dapatkan tempat.. maaf kepada yang tak boleh join class ini... Insyaallah kita jumpa next year untuk versi 2013...Semua biskut yang diajar sangat sesuai untuk bisness... saya uploadkan sebahagian gambar- gambar.. jika ada masa saya akan uploadkan lagi banyak.. Semoga akan menjadi rujukan buat pelajar2 saya yang dah lupa bentuknya...semoga gambar2 ini dapat membantu anda untuk menyediakannya...
Tart Nenas Teratai.. sangat senang cara pembuatannya...
Kulit Tart yang belum diisi jem nenas...
Acuan yang digunakan untuk menerap biskut.. kat " bake with yen" banyak dijual.. sila dapatkan disana...
Biskut Cashewnut Oat... sangat sedap & hot sale sepanjang tahun..
Biskut Coconut Crunchy... hot sale... hanya menggunakan majerin sahaja( rahsia!!! hanya pelajar saya sahaja yang tahu jenamanya ).. jika nak beli majerin .. stok masih ada banyak kat studio saya ..
Biskut Grean Pea Cookies... saya hanya menggunakkan minyak corn oil daisy...
Biskut Black Forest... rasa yang enak dan sedap..kegemaran anak2 kerana diselaputi coklat yang berkualiti.. saya menggunakan coklat" SICAO"
Biskut Mocha Cappucino.. saya mendapat tempahan yang banyak untuk dijadikan hamper..
Nut Flakes Cookies... diselaputi dengan mini cornflakes...
Bentuk yang simple dan rangup sekali...diselaputi milk & white coklat "SICAO"...
Cheezey Cookies... saya sangat suka kan biskut ini.. kerana ada cheseeeee....
Rasanya yang enak & didalamnya dipenuhi dengan 2 jenis cheese...

Kerja yang menyenangkan .. tak payah sakit tangan nak tekan- tekan... hanya gunakan mesin sahaja.. maaf lambat masukkan gambar... macam ni cara menggunakan mesin ini...kepada yang dah beli mesin ini ternyata senang kan??
Adunan semperit yang cantik .. tak melekit kat mesin... siapa kata melekit ?? saya buat ok jer...maybe resepi saya ok... semua ada didalam resepi biskut versi 2012...
Susun dahulu banyak2.. lepas tu potong ikut panjang yang dikehendaki... kalau tak larat potong.. suruh "hubby" potongkan sambil tengok TV...setahun sekali tolong " wife" apa salahnya...
Cantik dan kelihatan sangat kemas sekali... suasana penyediaannya bersih...
Doh ada kat dalam besin.. uli guna mixer kat luar.. baru masuk dalam mesin .. jangan uli dalam mesin.. lembik tau...
Cantik apabila siap dipotong... keluar "standard" size... tentu anda melihat .. terus teruja nak beli mesin ini... jika nak call saya...saya tak layan sms untuk pertanyaan mesin ini...call akan saya layan.. jika saya tak jawap.. assistant akan jawapkan...bulan2 puasa ini.. biasanya saya busy duk membancuh biskut sampai jam 2 pagi...
 Biskut semperit yang dah siap untuk dimasukkan kedalam bekas untuk dijadikan hamper... senang kan???
 Semua biskut untuk jualan saya masukkan kedalam bekas ini.. saya tak jual ikut pieces.. saya jual ikut balang...
Cantik dan kemas sekali susunannya... semua biskut ini saya dah ajar semasa class biskut raya versi 2012.. biskut ini juga saya jual untuk tahun ini... siapa kata datang class saya mahal???? siap makan- minum sampai kepetang saya bagi... suasana tempat yang selesa...lepas class saya share knowledge dalam blog lagi untuk peserta saya...jika tak pernah kenal saya secara personnel jangan cakap saya sombong & kedekut.. takkan saya nak tersengih2 jumpa orang...segala yang saya bagi adalah ilmu yang saya dapat dengan hasil usaha saya.. takkan saya nak bagi percuma.. masa saya dihabiskan untuk mereka resepi2 supaya pelajar2 saya dapat buat bisness .. ini adalah MATLAMAT saya semoga semua pelajar2 saya akan menjadi usahawan yang berjaya...saya petik kata2 "Prof Dr Muhaya" semasa saya mendengar radio IKIM... " ilmu haruslah dibayar dan bukan diperolehi dengan percuma.. nak buat PHD bertahun2 ..takkan kita nak bagi free.."sama juga dengan saya.. saya sangup mencari ilmu sampai ke perkampungan orang asli..ulat pun saya pernah makan..saya terpaksa cari idea sampai ke ceruk rantau jika nak hasilkan sesebuah buku... jadi tolong jangan berkira sangat.. saya pun selalu buat sumbangan percuma.. takkan nak bagi tau orang...ok.. sekali sekala.. kena selitkan juga luahan hati ini...
 Ahkir sekali .. saya ucapkan Selamat Berpuasa.. saya dah tak ambil order kerana  tak sempat nak siapkan order yang banyak ... My assistant dah nak balik kenegara beliau... jika nak beli resepi .. sila hubungi saya untuk dapatkan resepi.... buat sendiri lagi bagus.. kerana air tangan kita lagi bagus untuk disajikan kepada keluarga..dan tentu anda rasa berbangga bila dapat buat biskut yang cantik2... sms saya untuk dapatkan set resepi ini.. module sila lihat diatas untuk detail info... Terima Kasih dan jumpa lagi...

Monday, July 23, 2012

PUDING ROTI KISMIS

Resepi Puding Roti Kismis Wanita Hari Ini TV3 24 Julai 2012...
Bahan - bahan :-
8 keping roti
100 gm kismis @ kurma- ikut suka nak letak berapa banyak..
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- ikut suka
Cara Membuatnya :-
1. Sapu roti dengan mentega, susun roti didalam acuan @ mangkuk kaca ukuran 8 inci x 8 inci sebanyak dua lapisan.( bahagian bawah hanya roti segiempat sahaja & bahagian atas dipotong segitiga - 4 keping roti setiap bahagian.)
2. Tabur kismis setiap lapisan , untuk membuat toppingnya:- satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.
3. Pukul hingga sebati dan tuangkan keatas roti, mentega yang selebihnya di letakkan diatas permukaan roti.
4. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar dengan kaedah " steambath" selama 35 minit api ketuhar atas dan bawah pada suhu 150C - 160C.
5. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.
Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air
Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih  masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau hingga sebati dan tutup api.Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar. 
Bahan - bahan untuk Puding Roti Kismis...
Puding Roti Kismis sebelum dibakar..
Dibakar dengan kaedah"steambath".. saya menggunakan oven TRIO .. Harga RM 399 sahaja..sangat berbaloi membelinya..suhu yang sekata.. Muat tray 10inci x 10 inci @ loyang 8 inci x 8 inci =2 loyang.
Sangat sesuai untuk membakar pelbagai jenis masakan.. produk oven terbaru dari jenama TRIO...


JUS KURMA MADU

Resepi Jus Kurma Madu Wanita Hari Ini TV3 24 Julai 2012...
Bahan- bahan :-
5 biji buah kurma madu
1 sudu kecil madu
250 ml susu segar
50 ml air mineral
10 ketul ais kiub
Cara - cara membuatnya :
1. Kisar semua bahan diatas sehingga kurma dan ais kiub hancur dan sebati.
2. Tuangkan didalam gelas dan hiaskan dengan ceri tangkai dan payung.

**** Selamat mencuba.. maaf tidak sempat snap gambar jus yang dah siap.. sangat berkhasiat dan memberi tenaga sepanjang berpuasa kerana kandungan glukosa yang ada didalam buah kurma dapat diserap terus oleh badan***

SELAMAT BERPUASA DAN " LIVE WANITA HARI INI TV 3"

Assalam buat semua... saya dan family ucapkan "SELAMAT BERPUASA".. jangan lupa saksikan WANITA HARI INI "LIVE DI TV3" pada 24 July 2012 ( Selasa jam 12 tengahari )...saya akan menyediakan 2 hidangan yang special untuk berbuka puasa...OK... kita jumpa lagi dan Insyaallah saya akan cuba uploadkan gambar2 biskut versi 2012 dalam minggu ini.... Terima Kasih dan Selamat Berbuka Puasa...Semoga anda dimurahkan rezeki...

Thursday, June 21, 2012

CLASS ANEKA TALAM PART 4

Assalam & Salam Hormat buat semua....ini adalah sebahagian gambar - gambar semasa Class Aneka Talam Part 4... Pelbagai jenis talam & Malay Kueh akan dipelajari didalam class ini... hanya sehari belajar.. anda sudah dapat menghasilkan pelbagai jenis kueh  kukus & bakar... berinti savoury pun ada... Jom!!! join class ini sebelum Bulan Ramadhan..Sesuai untuk dijadikan bisness & untuk dihadiahkan kepada jiran - jiran sempena Bulan Ramadhan nanti... Anda akan rasa dihargai kerana dapat menyediakan kueh yang enak - enak untuk keluarga tersayang &dapat menambahkan pendapat sempena dibulan yang mulia nanti...
Aneka Talam yang disediakan didalam loyang 10 inci.. jika berminat nak beli loyang.. sila hubungi saya..
Apam Dewa Versi Polkadot.. sangat gebu sekali..
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong Bingka..
Peserta sedang menyediakan Apam Dewa Polkadot..
Peserta sedang menyiapkan Apam..
 Kuih Lompang yang cantik dan mempunyai lubang ditengahnya...kukus menggunakan api yang kuat supaya dapat menghasilkan lubang yang cantik..
Apam Dewa boleh dibuat pelbagai design.. jika tidak suka dimasukkan kedalam acuan.. boleh dikukus didalam loyang 10 inci..
Kuih Lompang yang sudah siap diletakkan kelapa diatas permukaannya..
Resepi Lompang yang enak dan sedap sekali..
Peserta lelaki yang hadir pada hari ini.. beliau selalu menghadiri class yang saya anjurkan... semuga menjadi usahawan yang berjaya..
Peserta sedang mendengar penerangan sebelum Talam dipotong..
Apam Dewa yang siap dikukus.. kukus kurang 10 minit sahaja untuk mendapatkan hasil yang cantik..
Aneka Talam yang dapat disiapkan ... sehari class sudah dapat menghasilkan pelbagai jenis talam.. berbaloi.. baloi..
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong talam..
Talam Lapis Kacang Merah.. lapisan yang cantik sekali..
Potongan 25 pcs dengan menggunakan pembaris untuk potongan 25 pcs @ 50 pcs..harga pembaris RM12.50  satu ...tidak termasuk kos penghantaran..( pembaris ini tidak termasuk didalam set pembaris harga Rm 50.00 )
Cara - cara memotong untuk 25 pcs dan 50 pcs...
Talam Keladi Berlauk.. sos belum diletakkan lagi diatas permukaannya..
Talam Lapis Ubi Kayu.. untuk mendapatkan rasa yang sedap.. gunakan ubikayu kuning..nak beli kat mana?? kat pasar borong ....nak parut guna apa??? beli mesin kelapa jika nak gunakan untuk bisness.. jika tak.. parut sendiri ...jika beli banyak ubi.. dah parut simpan dalam frezeer.. boleh tahan berbulan- bulan..
Lapisan yang cantik.. sangat mudah sekali penyediaannya...
Packaging talam untuk diberi kepada setiap peserta...
Tersenyum melihat talam yang cantik dan pelbagai rupa..
Talam Marble..sila join Class Aneka Talam Part 4 untuk mempelajari cara - cara membuat marble...
Lapisan Talam Marble yang cantik..sedap sekali..
Cara- cara memarut cheese supaya kelihatan cantik..pemarut beli di " IKEA"...

Cara menabur cheese diatas permukaan Bingka Cheese.. jika tak pandai tabur.. tak cantik...
Glamour Bingka Cheese ini.. dah le sedap.. glamour pulak tu... bestnya kalau dapat hasilkan bingka yang sedap & enak.. jom .. join class.. ketahui rahsia penyediaannya..
Bingka Cheese yang sudah siap ditabur cheese diatas permukaannya..
Bingka Roti Berlauk.. diselaputi dengan mozarella cheese diatas permukaannya.. sangat eanak..
Tekstur yang lembap dan sangat sedap ... menyelerakan...
Sebahagian Talam yang akan dibawa pulang oleh setiap para peserta...
Talam Keladi Berlauk sebelum diletakkan sos diatas permukaannya..
Talam yang diselaputi sos diatas permukaannya...
Lapisan dalam yang dipenuhi dengan ubi keladi...
Bingka Kemboja .. dimasukkan kedalam bekas foil.. sangat kemas sekali jika dijual secara "small portion"..Resepi ini sangat sesuai untuk kuih cara berlauk... jika nak senang .. bakar sahaja didalam oven...
Peserta sedang memerhati cara - cara memotong talam..
Talam Seri Muka Banjar... special resepi yang sedap...
Pelbagai kolabrasi resepi didalamnya.. sangat sesuai untuk hidangan sempena "open house" nanti..
Aneka Talam yang siap untuk dibagi kepada setiap peserta...
Bingka Kemboja Berlauk...
Bingka Kemboja Berlauk .. saya masukkan kedalam foil..
Bingka Kemboja Berlauk didalam foil...
Terima Kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari ini.. semoga anda akan menjadi seorang usahawan yang berjaya..Peserta yang tak ada didalam gambar ini .. maaf ya.. & Selamat Berpuasa...